Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497947
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Safar Hasim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ibrahim Yahaya (P20483) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:15:28Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:15:28Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81140 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497947 | - |
dc.description | Kajian ini adalah mengenai kawalan media di Malaysia menerusi pemilikan yang merangkumi dua jenis kawalan iaitu kawalan peruntukan dan kawalan operasi. Kajian ini bertujuan melihat bagaimana media dikawal menerusi pemilikan oleh sebuah parti iaitu UMNO. Ia juga ingin meneliti mekanisme atau pendekatan kawalan media oleh UMNO terutama terhadap struktur dan kandungan beritanya. Dalam kajian ini UMNO memiliki syarikat akhbar Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd dan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd untuk menyalurkan idealogi parti kepada rakyat amnya dan pembaca khasnya. UMNO menggunakan mekanisme atau pendekatan kawalan terhadap medianya menerusi pelantikan pengawal media dan wakil pengawal media. Kajian ini menggunakan Teori Normatif Media untuk menjelaskan pola pembabitan parti politik dalam media. Ia dipilih kerana ia menjelaskan bagaimana seharusnya media beroperasi dalam sebuah sistem politik yang mengamati nilai-nilai sosial. Teori ini cenderung dikaitkan dengan sistem politik pemerintahan di mana media itu menjadi subsistemnya. Kajian ini juga menggunakan kaedah kajian penelitian dokumen serta temubual mendalam dengan ahli politik dan pegawai kanan akhbar. Dokumen yang digunakan ialah ucapan ahli politik yang menerangkan kedudukan media di Malaysia. Selain itu, ahli politik dan pengamal media yang berpengalaman ditemubual untuk mendapatkan perspektif mengenai tajuk kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berita dalam Utusan Malaysia dan NST mengenai empat pilihan raya umum yang memberi impak besar kepada industri persuratkhabaran. Ia ingin melihat sejauh mana hubungan pemilikan media memberi kesan kepada corak pemberitaan. Keputusan kajian mendapati UMNO menggunakan akhbar miliknya untuk memastikan rakyat memahami perjuangan mereka dan terus memberi sokongan dalam setiap pilihan raya yang diadakan di Malaysia. Kemenangan dalam pilihan raya membolehkan UMNO dan parti rakan yang membentuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan mereka untuk rakyat. Pendekatan penggunaan media oleh UMNO mirip kepada gabungan ciri-ciri Teori Akhbar Autoritarian dan Teori Akhbar Tanggungjawab Sosial di mana pemerintah menggunakan media untuk menyalurkan maklumat penting kepada rakyat. Maklumat yang disalurkan bermatlamat untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Serentak itu, rakyat dibenarkan untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu dasar kerajaan menerusi surat pembaca dalam akhbar atau berita mengenai pandangan mereka.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kawalan media | |
dc.subject | UMNO | |
dc.subject | Parti politik | |
dc.subject | Teori Normatif Media | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kawalan media di Malaysia melalui pemilikan: satu penelitian terhadap pembabitan UMNO | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 265 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 411.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.