Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497946
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRaymond Azman Ali, Prof. Dato Dr.-
dc.contributor.authorNormah Che Din (P35843)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:26Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:26Z-
dc.date.issued2015-07-17-
dc.identifier.otherukmvital:81035-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497946-
dc.descriptionTerdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesan neuropsikologi dan psikososial dalam epilepsi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor interaksi utama yang memberi kesan terhadap fungsi neuropsikologi dan psikososial dalam epilepsi dan untuk menentukan faktorfaktor yang mempengaruhi kesan psikososial dan neuropsikologi apabila dikawal faktor sosiodemografi dan klinikal dalam kalangan pesakit epilepsi. Kajian keratan rentas ini dijalankan ke atas 124 orang pesakit epilepsi dewasa yang menghadiri rawatan susulan di Klinik Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Satu set soal selidik psikososial dan penilaian neuropsikologi telah ditadbirkan termasuk Beck Depression Inventory-II (BDI-II) untuk menilai tahap kemurungan; State Trait Anxiety Inventory (STAI) mengukur tahap kebimbangan; Coping Scale for Adult (CSA) menilai strategi daya tindak dan Quality of Life in Epilepsy-31 (QOLIE-31) untuk mengukur kualiti hidup. Penilaian neuropsikologi yang digunakan adalah Wechsler Adult Intelligence Scale – Third Edition (WAIS-III) untuk mengukur fungsi kognitif; Rey Auditory Verbal Learning Test (RAVLT) mengukur ingatan lisan; Benton Visual Retention Test (BVRT) mengukur ingatan bukan lisan; dan Trail Making Test (TMT) mengukur fungsi eksekutif frontal. Analisis MANOVA telah dijalankan untuk menentukan kesan utama pembolehubah kategorikal ke atas dua pembolehubah terikat secara serentak iaitu IQ dan kualiti hidup sementara analisis regresi hierarki pelbagai dijalankan untuk menentukan pengaruh empat kumpulan peramal. Hasil menunjukkan bahawa faktor yang mempunyai kesan utama terhadap IQ dan kualiti hidup berdasarkan nilai Pillai's Trace adalah bangsa, tahap pendidikan, jangka masa penyakit, masalah tidur, kemurungan, kebimbangan, strategi daya tindak, ingatan lisan dan fungsi eksekutif. Analisis regresi hierarki menunjukkan bahawa faktor sosiodemografi dan klinikal secara kolektif menyumbang 29% (R2 =.291) terhadap IQ dan selepas mengawal kedua faktor ini didapati faktor neuropsikologi memberi sumbangan terbesar terhadap IQ (ΔR2 = .23) berbanding sumbangan minimum dari faktor psikososial (ΔR2 = .011). Kedua-dua faktor sosiodemografi dan klinikal menyumbang secara kolektif 12% (R2 = .12) terhadap kualiti hidup dan selepas mengawal kedua-dua faktor ini didapati faktor psikososial memberi sumbangan paling besar terhadap kualiti hidup (ΔR2 = .433) dan tiada sumbangan dari faktor neuropsikologi. Kesimpulannya, pemberi perkhidmatan kesihatan seharusnya menimbangkan semua faktor risiko yang memberi kesan kepada kedua-dua status neuropsikologi dan kualiti hidup dalam pengurusan pesakit epilepsi dan menimbangkan kepentingan kemahiran kognitif dan kemahiran daya tindak dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit epilepsi.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNeuropsikologi-
dc.subjectPsikososial-
dc.subjectEpilepsi-
dc.subjectSosiodemografi-
dc.subjectKlinikal-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFaktor-faktor yang mempengaruhi kesan neuropsikologi dan psikososial pesakit epilepsi dewasa-
dc.typeTheses-
dc.format.pages336-
dc.identifier.barcode002136(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.