Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497943
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharifah Mastura Syed Abdullah, Prof. Dato'. Dr.-
dc.contributor.authorUca (P49307)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:20Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:20Z-
dc.date.issued2014-09-29-
dc.identifier.otherukmvital:81032-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497943-
dc.descriptionLembangan Jenderam terletak di Negeri Selangor, Malaysia dengan keluasan 20.51 kilometer persegi. Bentuknya memanjang dan nisbah kebulatan adalah 0.44. Hidrograf air larian puncak mempunyai ciri-ciri naik dan turun dengan cepat. Jumlah orde saliran 1 hingga 5 adalah sebanyak 183 dengan kekerapan saliran 8.93. Kawasan kajian terdiri daripada siri tanah Serdang-Kedah yang terbentuk daripada batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah. Objektif penyelidikan ádalah: mengesan dan menganalisis perubahan guna tanah untuk tahun 1984, 2000 dan 2012; menganalisis ketepatan kaedah Rational, Soil Conservation Service Curve Number dan Stage Discharge Rating Curve untuk mengira luahan puncak; mengkaji hakisan tanih akibat perubahan guna tanah; menerbit persamaan stage discharge rating curve (SDRC) dan sediment rating curve (SRC) dan menganggarkan purata bulanan jumlah hasil sedimen menggunakan persamaan SRC dan jaringan syaraf tiruan. Data asas untuk menentukan perubahan guna tanah diperolehi daripada peta guna tanah 1984, 2000 dan 2006, SPOT Image 2011 dan pencerapan dilapangan. Luahan air larian puncak dikira dengan kaedah Rational, SCS CN dan SDRC yang menggunakan data intensiti curah hujan yang berlaku pada 24 Februari 2012 dan 26 Februari 2013. Hakisan dikira menggunakan USLE, manakala persamaan SDRC dan SRC dibangunkan menggunakan kaedah statistik dan jaringan syaraf tiruan. Hasil kajian menunjukkan pada 1984 luas hutan adalah 463.5 ha, kemudian berkurang menjadi 203.1 ha pada 2012, manakala pada tahun 2012 perkebunan kelapa sawit, getah dan perbandaran mengalami peningkatan luasan masing-masing 247.0 ha, 458.4 ha dan 597.8 ha. Luahan puncak pada 24 Februari 2012 yang dikira menggunakan kaedah SDRC dan SCS CN masing-masing adalah 23.96 m3s-1 dan 8.75 m3s-1, manakala luahan puncak pada 26 Februari 2013 diperolehi masing-masing sebesar 299.96 m3s- 1 dan 170.0 m3 s-1. Perbezaan luahan puncak pada 24 Februari 2012 antara kaedah SDRC dan SCS CN pada keadaan AMC I adalah sebesar 15.21 m3s-1, manakalah pada 26 Februari 2013 perbezaan hasil pengiraan luahan puncak antara kaedah SDRC dengan SCS CN pada keadaan AMC II adalah 129.96 m3s-1. Paras ketepatan pengiraan luahan puncak menggunakan kaedah SCS CN pada keadaan AMC I dan AMC II masing-masing adalah 36.52% dan 56.67%. Peningkatan air larian puncak dari 1984 sehingga 2000 adalah 35.56 % , manakala dari 2000 ke 2012 adalah 1.08 %. Hakisan tanih yang berlaku pada tahun 1984 adalah 1,482.6 tan ha-1 thn-1. Akibat daripada berlakunya perubahan guna tanah pada 2000, jumlah hakisan menjadi 2,494.4 tan ha-1 thn-1, manakala pada 2012, jumlah hakisan tanih meningkat menjadi 3,775.9 tan ha-1 thn-1. Oleh itu, berlaku peningkatan hakisan tanih dari 1984 ke tahun 2012 dengan purata 5.52 % setiap tahun. Analisis statistik diperolehi persamaan SDRC dan SRC masing-masing adalah 2.1315 Q  34.759H dan 0.0014 0.0009 0.005 0.0014 3 2 Qst  Q  Q  Q , manakala kaedah jaringan syaraf tiruan menggunakan algoritma levenberg-marquardt diperoleh persamaan SRC iaitu Qst = 0.8867X + 0.0061. Purata jumlah hasil sedimen di kawasan kajian sebesar 1.45 tan/bulan. Luahan puncak dan hakisan menunjukkan trend peningkatan, maka perubahan guna tanah di Lembangan Jenderam perlu dirancang dan diurus dengan baik.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGuna tanah-
dc.subjectHidrologi-
dc.subjectHakisan tanah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan perubahan guna tanah terhadap perilaku hidrologi dan hakisan di Lembangan Jenderam Selangor Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages259-
dc.identifier.barcode002133(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81032+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.