Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497934
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRozaimah Haji Rashidin (P55261)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:06Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:06Z-
dc.date.issued2016-03-05
dc.identifier.otherukmvital:81022
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497934-
dc.descriptionManusia cenderung memanfaatkan metafora untuk mengekspresikan emosi yang abstrak dan subjektif kerana emosi agak sukar untuk difahami melalui bahasa literal. Dalam kajian ini, metafora emosi didefinisikan sebagai penggunaan metafora yang membayangkan perasaan atau ekspresi emosi yang metaforikal. Metafora gugusan emosi pula merupakan gabungan metafora dengan gugusan emosi seperti kasih, cinta dan berahi serta marah, amuk dan dendam. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan penginterpretasian makna metafora gugusan emosi kasih dan gugusan emosi marah dalam data korpus teks tradisional Melayu. Data kajian diperoleh daripada pangkalan data korpus Malay Concordance Project. Enam teks tradisional Melayu digunakan sebagai sumber data iaitu Hikayat Hang Tuah, Sulalat Al-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh dan Tuhfat Al-Nafis. Analisis berasaskan Teori Hibrid telah dapat mengenal pasti dan menghasilkan beberapa rantau konsepsi yang memanifestasikan kognisi dan minda Melayu tradisional. Terdapat dua jenis metafora emosi yang terkandung dalam teks tradisional iaitu metafora konvensional dan metafora linguistik. Metafora konvensional ialah perumpamaan, hiperbola dan simpulan bahasa, manakala metafora linguistik pula ialah ekspresi linguistik seperti ujaran, ayat, frasa atau kata yang metaforikal. Daripada analisis ke atas metafora konvensional dan metafora linguistik, ia telah berjaya menghasilkan metafora konsepsi. Hasil analisis juga telah menonjolkan tiga jenis metafora konsepsi iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural. Berdasarkan pembuktian linguistik, metafora gugusan emosi kasih dan emosi marah dalam teks tradisional Melayu ini juga boleh dibahagikan kepada empat tahap iaitu metafora tahap umum (generik), metafora tahap spesifik (khusus), metafora tahap subspesifik dan metafora tahap supraspesifik. Penghasilan metafora tahap supraspesifik secara tidak langsung telah menyingkap ciri-ciri khusus yang terdapat dalam emosi Melayu tradisional. Sesungguhnya, kewujudan metafora emosi ini telah mencerminkan kebijaksanaan dan kekreatifan kognitif orang Melayu dahulu kala. Jelasnya, Teori Hibrid telah mampu memerihalkan metafora gugusan emosi dengan meyakinkan dan berpada.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectMetafora emosi
dc.subjectData korpus teks
dc.subjectTradisional Melayu
dc.subjectMetaforikal
dc.subjectTeori Hibrid
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMetafora emosi dalam data korpus teks tradisional Melayu: analisis teori hibrid
dc.typeTheses
dc.format.pages315
dc.identifier.barcode002123(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81022+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.