Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497932
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nidzamuddin Sulaeman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Teten Ali Mulku Engkun (P49246) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:15:01Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:15:01Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81020 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497932 | - |
dc.description | Implementasi merupakan salah satu peringkat dalam proses dasar awam. Peringkat ini seringkali berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah. Kegagalan pelaksanaan progam pembangunan manusia di Provinsi Jawa Barat adalah faktor yang mencetus keinginan menjalankan penyelidikan mengenainya. Pelbagai pendekatan pelaksanaan dasar telah dilakukan seperti atas ke bawah, bawah ke atas dan hibrid. Namun begitu ketiga-tiga pendekatan tersebut terangkum didalamnya isu dan kelemahan. Ketiga-tiga konteks pendekatan adalah berbeza. Tesis ini menguji pendekatan hibrid yang dihujahkan oleh Goggin di dua daerah autonomi iaitu provinsi dan kabupaten atau kota di Jawa Barat. Secara teoretikal Goggin berhujah bahawa pelaksanaan dasar hanya sesuai dijalankan oleh pentadbir sahaja. Kajian ini mempersoalkan teori Goggin yang hanya melihat hibrid dalam bentuk menegak dan persoalan kajian ialah 'Sejauhmana penglibatan pihak luar dari birokrasi mempengaruhi bentuk implementasi hibri'. Penyelidik menggunakan data primer yang dikutip melalui temubual intensif dengan 23 informan secara persampelan purposive termasuk golongan pegawai tadbir, bekas pentadbir, NGOs, kumpulan sasaran dan individu. Pemaparan data primer ini menggunakan teknik analisis integrasi dengan menggarap masuk pandangan informan ke dalam pembinaan hujah dan perbincangan. Tiga penemuan penting ialah pertama, struktur organisasi 'hierarchical integration' tidak boleh dilaksanakan dalam hal pelaksanaan dasar pembangunan manusia di Jawa Barat, kerana terdapat perbezaan dalam budaya dan karakter di daerah masing-masing. Kedua, kekurangan fleksibiliti pada aktor pelaksana yang terikat dengan Standard Operating Procedures (SOPs) membuat masalah menjadi ketat (rigid) kerana orientasi pelaksanaan bertumpu kepada pemenuhan akauntabiliti pentadbiran berbanding dengan matlamat dasar. Ketiga, penglibatan pihak luar bukan pemerintah seperti syarikat swasta yang memiliki kepentingan untuk memenuhkan kewajiban tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility) perlu membantu pemerintah daerah dalam memperbaiki kekurangan-kekurangan sedia ada untuk mencapai matlamat kejayaan dasar. Signifikan sumbangan kajian menekankan dua perkara penting iaitu pertama tesis ini telah berjaya mencabar teori Goggin dan memformulasikan model implementasi bersifat hibrid dan sinergi bagi pembuat dasar. Kedua kejayaan dan kelancaran pelaksaan dasar harus menggunakan elemen 'kearifan lokal' yang menggalakkan penyertaan bersama badan bukan pemerintah untuk menjayakan sesuatu dasar tempatan.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dasar pemerintah | - |
dc.subject | Pembangunan manusia | - |
dc.subject | Pemerintah daerah | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pelaksanaan dasar pemerintah daerah terhadap pembangunan manusia: suatu kajian di Provinsi Jawa Barat | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 319 | - |
dc.identifier.barcode | 002121(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81020+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.