Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497931
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNordin Hussin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAmrullah Amir (P59315)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:15:00Z-
dc.date.available2023-10-13T08:15:00Z-
dc.date.issued2015-06-23
dc.identifier.otherukmvital:81019
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497931-
dc.descriptionPenyelidikan ini bertujuan membincangkan persoalan identiti dan kuasa dalam sejarah masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan dari tahun 1600 sehingga 1942. Sejarah awal petempatan masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan bermula setelah Melaka ditakluki oleh Portugis dan beberapa kerajaan tempatan seperti Siang, Sandrabone, Gowa, dan Tanete telah menerima kedatangan para pedagang Melayu dari Melaka. Masyarakat Melayu yang berhijrah ini masih meneruskan kemahirannya sebagai pedagang dan sebahagian dari mereka menjadi pegawai pentadbiran dalam kerajaan tempatan seperti syahbandar, juru tulis dan pendakwah. Hubungan ini terus berlangsung semasa zaman VOC sehingga pemerintahan kolonial Belanda. Komuniti Melayu yang menetap di wilayah ini menjadi sebahagian daripada unsur penting kepada perubahan lanskap sosio-ekonomi dan politik tempatan serta mempunyai impak yang besar dari segi pentadbiran negeri dan kerajaaan tempatan. Hasil penyelidikan ini yang menggunakan sepenuhnya arkib Belanda dan tempatan telah berjaya membongkar sejarah masyarakat Melayu di wilayah ini. Persoalan utama dalam penelitian ini mengapakah komuniti Melayu berjaya menjadi sebahagian daripada elit masyarakat di Sulawesi Selatan dan bagaimanakah hubungan mereka dengan para bangsawan tempatan dan pemerintah Belanda. Walaupun bangsawan Sulawesi Selatan sangat menjaga kemurnian keturunannya tetapi hubungan keakraban yang telah berlangsung lama telah membawa kewujudan kelompok Melayu-Bugis-Makassar. Sejak tahun 1846, pemerintah Belanda cuba untuk menguasai kerajaan tempatan iaitu mengurangkan kuasa raja tempatan termasuklah campur tangan dalam perlantikan raja. Hal ini telah mengakibatkan konflik dan peperangan saudara di antara raja-raja dan bangsawan tempatan. Dasar pecah dan perintah ini telah menjadikan Belanda berjaya menguasai keseluruhan wilayah Sulawesi Selatan pada tahun 1906 dan berjaya menguasai sepenuhnya pentadbiran kerajaan tempatan sehingga tahun 1942. Kesan jangka panjang juga didapati bangsawan campuran Melayu-Bugis-Makassar kemudian telah memainkan peranan penting sebagai pemerintah dan elit baru dan telah berjaya menguasai jawatan dalam kerajaan yang dikuasai oleh Belanda dan juga telah berjaya menyerap ke dalam sistem pentadbiran kolonial Belanda. Oleh itu kuasa dan identiti mereka telah berubah semasa pentadbiran Belanda yang mengutamakan pendidikan moden sehingga menjadikan mereka elit baru dalam sejarah Sulawesi Selatan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectSejarah masyarakat Melayu
dc.subjectGolongan elit
dc.subjectPemerintah Belanda
dc.subjectIdentiti
dc.subjectKuasa
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSejarah masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan, 1600-1942: identiti dan kuasa
dc.typeTheses
dc.format.pages357
dc.identifier.barcode002119(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81019+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.