Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497930
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmriah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMidawati (P43274)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:14:58Z-
dc.date.available2023-10-13T08:14:58Z-
dc.date.issued2015-11-16
dc.identifier.otherukmvital:81018
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497930-
dc.descriptionPenglibatan wanita sebagai peniagawati bukan saja semakin diiktirafi sebagai suatu mekanisme pemerkasaan wanita secara peribadi tetapi juga sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan keluarga dan pertumbuhan ekonomi Dalam memainkan peranan produktif ekonomi, peniagawati bagaimanapun, berdepan dengan berbagai cabaran dan kekangan terutamanya kekangan sosio-budaya yang azimnya melihat peranan wanita sebagai berada di dalam dan bukannya di luar rumah. Adat perpatih Minangkabau, kerana sifatnya yang matrilineal, sering dianggap sebagai terkecuali daripada stereotaip peranan gender dan menjanjikan sokongan positif kepada peniagawati. Persoalannya ialah sejauh mana adat ini masih dapat berbuat demikian dalam arus perdana pemodenan dan globalisasi semasa. Dengan menggunakan teori Collective Action gagasan Charles Tilly dalam kerangka pendekatan budaya, kajian ini menelusuri dan membandingkan pengalaman peniagawati yang berniaga di pakan Kecamatan Baso, Sumatera Barat Indonesia sebagai kawasan asal adat perpatih dengan peniagawati yang berniaga di kawasan pasar Daerah Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia sebagai kawasan rantau adat perpatih. Kajian menggabungkan kaedah kuantitatif (soalselidik di lapangan) dengan kaedah kualitatif (kumpulan terfokus) yang melibatkan 91 daripada 300 peniagawati di Baso (30.3%) dan 91 daripada 295 peniagawati di Rembau (30.8%). Hasil kajian ini menonjolkan beberapa persamaan dan perbezaan pengalaman peniagawati berkenaan. Kajian ini juga mendapati bahawa meskipun masih berfungsi sebagai faktor positif dalam memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan peniagawati baik di Baso mahupun di Rembau, keupayaan sistem nasab ibu untuk memperkasakan wanitanya dalam bidang perniagaan dikekang oleh beberapa masalah struktural aktiviti ekonomi peniagawati terutamanya kemudahan infrastruktur pengangkutan. Hal ini bererti biarpun mampu berfungsi sebagai sumber modal budaya, keupayaan sistem nasab ibu dalam menyemarak kegiatan ekonomi moden wanita masa kini adalah terhad dan perlu diperkasakan oleh pihak lain yang lebih berwibawa seperti kerajaan. Pembangunan peniagawati adat perpatih masa kini perlu diarusperdanakan dalam pembangunan negara setara dengan usahawanita dari latarbelakang budaya lain.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPeniagawati
dc.subjectNasab ibu
dc.subjectPemerkasaan wanita
dc.subjectAdat perpatih Minangkabau
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeniagawati nasab ibu masa kini: perbandingan Kecamatan Baso Sumatera Barat Indonesia dengan Daerah Rembau Negeri Sembilan Malaysia 1970-2010
dc.typeTheses
dc.format.pages357
dc.identifier.barcode002118(2016)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81018+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.