Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497924
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Suziana Mat Saad (P45362) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:48Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81012 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497924 | - |
dc.description | Kajian metafora dalam korpus Melayu dan Perancis merupakan salah satu cara untuk memahami pemikiran dan cara penaakulan kedua-dua masyarakat penutur bahasa ini. Dalam aliran linguistik kognitif metafora diangkat sebagai peranti pemikiran melampaui fungsi bahasa untuk komunikasi. Teori Metafora Konseptual (TMK) memberikan satu takrifan baru kepada metafora yakni sebagai satu proses pemetaan daripada domainsumber kepada domainsasaran. Ini bermakna sesebuah konsep yang mujarrad dapat dilunaskan takrifannya melalui sebuah konsep lain yang bersifat maujud. Kajian ini memfokuskan kepada pemetaforaan KEHIDUPAN yang diambil daripada korpus bertulis novel-novel terpilih Melayu dan Perancis. Dua buah korpus khusus dibina bagi meninjau gaya pemikiran dan penaakulan melalui pembuktian linguistik yang terdapat di dalam data. Data diulas serta dihuraikan menggunakan TMK yang telah melalui proses-proses tajdid supaya sesuai dengan aliran dan isu terkini dalam kajian metafora konseptual. Kajian ini menggunakan Prosedur Pengenalpastian Metafora (PPM) yang diperakui jelas dan tuntas untuk mengenalpasti metafora di dalam korpus. Secara spesifiknya data daripada tiga novel Melayu dan dua novel Perancis dikumpul dan dianalisis dengan melihat kepada metafora konseptual dan metafora linguistik yang dikelompokkan di bawah metaforem yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan wujud satu spektrum domain sumber bagi pengkonseptualan KEHIDUPAN. Malahan terdapat beberapa domain sumber yang sama dikongsi oleh kedua-dua bahasa terlibat sedangkan pada masa yang sama terdapat juga domainsumber tertentu yang hanya dapat dikesan sama ada dalam korpus Melayu atau korpus Perancis sahaja. Dua metafora konseptual telah dipilih untuk dikupas dengan mendalam dalam kajian ini iaitu KEHIDUPAN ADALAH PEPERANGAN DAN PERJUANGAN serta KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN. Selain itu terdapat bukti yang jelas bahawa metafora konseptual kompleks yang lebih cenderung kepada bersifat sejagat wujud dalam kedua-dua korpus. Namun terdapat pula kelainan dari segi penggunaan metafora linguistik di samping kehadiran metafora primer berbeza yang dikaitkan dengan faktor setempat. Kajian ini turut menunjukkan terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kelainan dalam ekspresi linguistik yang digunakan seperti pegangan nilai oleh komuniti terbabit, kepercayaan beragama, minat dan kecenderungan, konteks ekstra linguistik yang bersifat global dan lokal, selain daripada faktor-faktor rencam lain yang telah dikenal pasti oleh sarjana-sarjana terdahulu.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Metafora | |
dc.subject | Novel Melayu | |
dc.subject | Novel Perancis | |
dc.subject | Analisis linguistik | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pemetaforaan kehidupan dalam novel Melayu dan Perancis terpilih: satu analisis linguistik kognitif | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 339 | |
dc.identifier.barcode | 002112(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81012+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.