Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497923
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nordin Hussin, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Haliadi (P64129) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:47Z | - |
dc.date.issued | 2015-12-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81011 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497923 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan mengenai pembentukan elit baru dalam sistem pentadbiran di Sulawesi Tengah yang terbentuk hasil daripada pelbagai latar belakang system pendidikan. Kepelbagaian sistem pendidikan yang telah diterapkan ke dalam system pendidikan negeri seperti sekolah pendidikan Islam, sekolah mubaligh Kristian, system pendidikan kolonial Belanda dan dari sistem sekolah pendidikan Jepun kesemuanya telah menyumbangkan kepada pembentukan dan kemunculan elit baru. Kemunculan elit baru ini juga seiring dengan wujudnya elit aristokrasi yang masih berperanan besar dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan. Penyelidikan ini menggunakan sepenuhnya sumber dari akrib Belanda dan tempatan yang tersimpan di Arkib Jakarta dan Makassar. Justeru, kajian ini mengkaji dan meganalisa beberapa institusi pendidikan yang telah memainkan peranan yang besar melahirkan elit baru seperti peranan Lembaga Pendidikan Islam, mubaligh Kristian, Bala Keselamatan, pendidikan kolonial dan Jepun yang telah berjaya memberikan impak yang besar kepada kemunculan elit baru yang memperjuangkan penubuhan Propinsi Sulawesi Tengah yang berautonomi. Selanjutnya kajian ini juga menganalisis impak penubuhan Propinsi Sulawesi Tengah keatas pentadbiran wilayah di Propinsi Sulawesi Utara Tengah. Usaha ini telah berjaya dilaksanakan oleh para pemuda dari Gerakan Pemuda Sulawesi Tengah (GPST) yang diketuai oleh Asa Bungkundapu yang berpusat di Poso dan Gerakan Penuntut Propinsi Sulawesi Tengah (GPPST) yang diketuai oleh KH. Zainal Abidin Betalemba yang berpusat di Kabupaten Donggala. Tokoh elit baru ini telah bergabung dengan elit aristokrasi dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan Propinsi Sulawesi Tengah. Kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa anggota GPST Poso dan GPPST Donggala telah memainkan peranan yang utama untuk menyatukan perjuangan mereka bersama dengan golongan elit aristokrasi dalam usaha untuk mengusir Permesta di Sulawesi Tengah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kepelbagaian ethnik yang wujud didalam masyarakat Sulawesi Tengah bukanlah berasal dari suku Toraja tetapi berasal dari suku-suku tempatan iaitu Kaili, Baree, Banggai, Tolitoli, Kulawi, Napu, Bungku, Mori, dan Lauje. Kajian ini juga mendapati bahawa elit aristokrasi dan elit baru yang kesemuanya berlainan latarbelakang emikiran dan pendidikan telah Berjaya untuk bersatu bagi mencapai kata sepakat kepada embentukan gagasan menubuhkan kerajaan tempatan yang kukuh dan bergabung dengan Negara Kesatuan Republik ndonesia (NKRI). Kajian ini juga membuktikan bahawa berdasarkan kepada lapan konsepsi tahun 1960-an iaitu Konsepsi Residen Manoppo, Toraja Raya, Makassar, Zakaria Imban, Tobing, Ngitung, Tomini Raya, dan Mahasiswa Sulteng atau konsepsi Rusdi Toana-Mene Lamakarate telah diangkat sebagai konsepsi penubuhan Propinsi Sulawesi Tengah tahun 1964.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Golongan elit | |
dc.subject | Sistem pentadbiran | |
dc.subject | Propinsi Sulawesi Tengah | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kemunculan elit baru dalam pentadbiran kerajaan Propinsi Sulawesi Tengah 1900-1964 | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 278 | |
dc.identifier.barcode | 002111(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81011+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 423.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.