Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497917
Title: | Penerapan nilai budaya Sunda di Desa Wisata Cibuntu serta implikasi kepada tuan rumah dan pelancong |
Authors: | Kiki Rizki Makiya (P70134) |
Supervisor: | Habibah Ahmad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sundanese (Indonesian people) Ethnology -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Sep-2021 |
Description: | Nilai budaya merupakan salah satu aset utama untuk memajukan pelancongan desa di kebanyakan negara sedang membangun dan ini tidak terkecuali berlaku dalam perkembangan desa wisata di Jawa Barat, Indonesia. Sehingga tahun 2019, terdapat lebih 15 desa wisata dikendalikan oleh Urang Sunda. Dalam melaksanakan desa wisata, penerapan nilai budaya Urang Sunda menjadi asas interaksi tuan rumah-pelancong dalam layanan desa wisata. Namun begitu, kajian tentang Urang Sunda masih kurang, sedangkan keterlibatan mereka semakin meningkat ekoran wujudnya permintaan terhadap keistimewaan budaya sebagai tarikan pelancongan. Berasaskan gabungan teori nilai budaya dan interaksi tuan rumah-pelancong, tesis ini bertujuan untuk menghujahkan bahawa penerapan nilai budaya Urang Sunda dapat mempertingkatkan interaksi dalam layanan desa wisata dan memberi kesan kepada tuan rumah dan pelancong. Kajian ini dijalankan di Desa Wisata Cibuntu, sebuah desa wisata bertaraf ASEAN Homestay Standard. Tesis ini memfokuskan lima nilai budaya Urang Sunda iaitu sihat (cageur), baik (bageur), benar (bener), introspektif (singer) dan pintar (pinter) sebagai tarikan utama pelancongan bagi menentukan kejayaan desa wisata. Penerapan lima nilai ini dianalisis dalam lima aspek layanan Desa Wisata Cibuntu iaitu acara sambutan, lawatan, aktiviti, makan minum dan penginapan. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan melibatkan 75 tuan rumah dan 350 pelancong yang menginap di Desa Wisata Cibuntu. Dapatan kajian daripada pihak tuan rumah menunjukkan bahawa nilai baik (bageur) menjadi satu kekuatan Urang Sunda yang dipaparkan melalui keramahan dan layanan terbaik, terutama dalam layanan sambutan. Ini berbeza dengan perspektif pelancong yang paling merasai pengalaman nilai benar (bener) melalui kejujuran tuan rumah dan sikap mudah bekerjasama, terutama dalam layanan makan minum. Seterusnya, interaksi ini memberi kesan kepada peningkatan ekonomi tuan rumah dan pengalaman budaya bagi pelancong. Kesimpulannya, tesis ini berjaya membuktikan bahawa nilai budaya Urang Sunda merupakan satu kekuatan dalam memperkukuh interaksi tuan rumah-pelancong serta daya tarikan sesebuah desa wisata. Tesis ini menyumbang peri-pentingnya nilai budaya Sunda dalam korpus ilmu yang menggabungkan teori nilai budaya dan teori interaksi bagi memperkukuhkan interaksi tuan rumah-pelancong dalam membangunkan desa wisata.,Ph.D |
Pages: | 320 |
Call Number: | DS632.S9.K535 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130169+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.