Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497916
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zarina Othman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Norliza Dolhan (P92309) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:36Z | - |
dc.date.issued | 2022-03-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130168 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497916 | - |
dc.description | Pekerja asing memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam industri kritikal. Walau bagaimanapun, kumpulan ini terdedah kepada aktiviti pemerdagangan orang yang merobek masa depan mereka. Justeru, pelbagai langkah strategik telah dilakukan oleh Malaysia bagi mengekang kegiatan pemerdagangan orang termasuk di kalangan pekerja asing. Namun, isu pemerdagangan orang di kalangan pekerja asing lelaki Bangladesh masih lagi berleluasa. Persoalannya, mengapa kes pemerdagangan orang masih berlaku sehingga kini. Objektif kajian bertujuan menganalisa kelompongan yang wujud dari aspek pencegahan, perlindungan dan pendakwaan oleh kerajaan, mengenal pasti punca-punca kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia dan mengkaji kesan daripada aktiviti pemerdagangan orang terhadap keselamatan ekonomi, makanan, komuniti dan kesihatan. Kajian ini memfokuskan mangsa buruh asing lelaki Bangladesh berumur di antara 23 hingga 31 tahun di kawasan Selangor dan Negeri Sembilan dari tahun 2017 sehingga 2020. Teori neoliberalisme dan konsep keselamatan insan telah diaplikasikan dalam kajian yang berbentuk kualitatif iaitu pengumpulan data primer dan sekunder dengan menjalankan pemerhatian di lapangan, menemubual mangsa pemerdagangan orang dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. Temubual dengan sarjana pakar bidang dan penguatkuasaaan turut dijalankan. Hasil kajian mendapati di peringkat kerajaaan, wujud kelompongan dari aspek takrifan 'paksaan' ATIPSOM 2007, ketidakseimbangan antara majikan, swasta dan pekerja, kelemahan akses perlindungan perundangan, dan kekeliruan penratifikasian Protokol orang (P29) yang menjadikan isu pemerdagangan orang makin sukar ditangani. Selain itu, faktor ekonomi, sosiobudaya, rangkaian sosial dan dasar kerajaan Malaysia dan Bangladesh mendorong kemasukan mereka ke Malaysia. Didapati lapan orang mangsa menggunakan pas lawatan sosial dan dua orang mangsa masuk secara haram menggunakan laluan laut. Sindiket telah memanipulasi kerentanan kemiskinan dan kadar buta huruf mangsa untuk mendapat keuntungan haram dan mangsa yang terikat dengan hutang telah diancam keselamatan ekonomi, makanan, komuniti dan kesihatan mereka. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan teori neoliberisme dan konsep keselamatan insan iaitu membantu menerangkan dan meramal masa depan hubungan antarabangsa, membantu negara meneliti polisi antarabangsa dan memberikan suatu pemahaman secara khusus untuk menganalisis sesuatu perkara dengan lebih teliti. Selain itu, kajian juga menyediakan panduan serta cadangan dari aspek penyelarasan perundangan, dasar dan pelaksanaan program nasional agar selari dengan penetapan yang terkandung di dalam organisasi antarabangsa seperti Konvensyen 29 dan Protokol 29.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Foreign workers | - |
dc.subject | Bangladeshi | - |
dc.subject | Foreign workers -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pekerja asing lelaki Bangladesh di Malaysia dan implikasi terhadap keselamatan insan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 345 | - |
dc.identifier.callno | HD8690.6.N637 2022 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006727(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.