Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497915
Title: Pengalaman pembelajaran di destinasi pelancongan Negeri Melaka: perspektif tuan rumah dan pelancong
Authors: Sri Winarni Samsir (P59780)
Supervisor: Habibah Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tourism -- Melaka
Travel
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Mar-2022
Description: Pengalaman pembelajaran menjadikan pelancong untuk lebih menghargai dan memelihara warisan sejarah, budaya dan alam semulajadi. Dari segi tuan rumah atau pihak pengusaha perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang kondusif, berinteraktif dan holistik kepada para pelancong. Inisiatif ini dijangkakan mempengaruhi pengalaman, memberi nilai dan faedah kepada para pelancong. Walau bagaimanapun, kajian yang menekankan situasi pengalaman pembelajaran di destinasi pelancongan kurang diberikan penekanan di Malaysia. Ini tidak terkecuali berlaku di Tapak Warisan Melaka, justeru menimbulkan tanda tanya apakah yang ditawarkan oleh tuan rumah sebagai pengalaman pembelajaran dan apakah penerimaannya dalam kalangan pelancong. Kajian ke atas destinasi pelancongan di Melaka, yang melibatkan tuan rumah dan pelancong bertujuan untuk i) mengenal pasti pengalaman pembelajaran yang ditawarkan tuan rumah kepada pelancong di Melaka, ii) menganalisis pengalaman pembelajaran yang diperoleh pelancong domestik dan antarabangsa ketika kunjungan di Melaka penentu proses pembelajaran tersebut, iii) menganalisis faedah pembelajaran terhadap pelancong domestik dan antarabangsa. Kaedah kajian melibatkan temu bual bersemuka bersama pihak tuan rumah di Melaka untuk mengetahui aktiviti dan amalan mereka. Kaedah kuantitatif pula menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas pengalaman pembelajaran daripada 420 pelancong iaitu 280 pelancong domestik dan 140 pelancong antarabangsa. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Hasil kajian daripada perspektif tuan rumah menyerlahkan pengalaman pembelajaran dalam tiga produk utama iaitu sejarah, budaya dan alam semulajadi. Hasil pengalaman pembelajaran daripada perspektif pelancong domestik dan antarabangsa pula menunjukkan keutamaan kepada pengalaman sejarah, diikuti oleh pengalaman budaya dan alam semulajadi. Ini selari dengan status negeri Melaka Bandaraya Bersejarah dan Tapak Warisan Dunia. Hubungan pengalaman pembelajaran dengan faedah kepada pelancong menunjukkan faedah jangka masa pendek lebih menyerlah berbanding faedah jangka panjang. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada peri pentingnya pengalaman pembelajaran dalam membangunkan edupelacongan dan juga dapat memelihara produk warisan supaya memberi faedah jangka masa pendek serta jangka masa panjang kepada semua pihak.,Ph.D
Pages: 276
Call Number: G155.A1.S685 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130167+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.