Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497913
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azizan Idris, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorHisham Kamal Othman Kamal (P69330)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:14:31Z-
dc.date.available2023-10-13T08:14:31Z-
dc.date.issued2022-01-04
dc.identifier.otherukmvital:130166
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497913-
dc.descriptionKebangkitan kuasa ketenteraan China dianggap mencabar kedudukan Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Timur dan mendesak AS memberikan tumpuan terhadap China sebagai ancaman baru selain memperkasakan keupayaan serta peranan Pakatan Keselamatan AS-Jepun. Walaupun Pakatan berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di rantau ini di samping meneruskan jaminan keselamatan, keamanan dan kestabilan rantau, namun kebangkitan kuasa ketenteraan China memberikan implikasi keselamatan ketenteraan terhadap kesinambungan kewujudan atau survivability mereka. Implikasi dari kebangkitan kuasa ketenteraan China merupakan kebimbangan utama Pakatan dan permasalahan kajian menunjukkan bahawa walaupun Pakatan dianggap berjaya mengekalkan dan mengukuhkan pengaruh termasuk meneruskan kepentingan di rantau ini, namun kebangkitan kuasa ketenteraan China mempengaruhi implikasi keselamatan ketenteraan ke atas kedudukan mereka. Justeru, kajian menganalisis empat objektif utama iaitu pertama, kepentingan kebangkitan kuasa ketenteraan China; kedua, tindakan Pakatan mengimbangi kuasa ketenteraan China; ketiga, bentuk kebangkitan kuasa ketenteraan China yang mempengaruhi keselamatan ketenteraan Pakatan; dan keempat, implikasi keselamatan ketenteraan kepada Pakatan daripada kebangkitan tersebut. Kajian menggunakan realis sebagai teori asas yang mengandaikan sistem antarabangsa sentiasa dalam keadaan anarki selain menekankan elemen hubungan antarabangsa yang dipengaruhi kuasa serta kepentingan dengan menggabungkan neorealis termasuk realis neoklasik. Kajian menggunakan metod kualitatif melalui kaedah triangulasi dengan menggabungkan teknik temubual elit/pakar, analisis dokumen dan kajian kepustakaan di dalam negara termasuk China serta Singapura. Berpandukan bukti empirikal dan teoretikal, penemuan penting kajian adalah pertama, kebangkitan kuasa ketenteraan China memberikan implikasi keselamatan ketenteraan kepada Pakatan di rantau ini; kedua, China meneruskan tindakan memperkukuhkan keupayaan ketenteraan mereka dan tidak berhasrat mengancam Pakatan kerana tujuan China adalah untuk memelihara kepentingan strategik mereka di rantau ini; dan ketiga, China memperkasakan hubungan dwihala dan pelbagai hala bersama Pakatan bagi memastikan keselamatan serta kestabilan serantau terus terjamin. Kajian turut memberi sumbangan terhadap wacana dan penambahan dari segi gabungan perbahasan serta analisis bagi menjelaskan implikasi keselamatan ketenteraan terhadap Pakatan dari kebangkitan kuasa ketenteraan China.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectArmies -- China
dc.subjectInternational relations
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKebangkitan kuasa ketenteraan China pasca perang dingin : implikasi ke atas Perjanjian Pakatan Keselamatan Amerika Syarikat-Jepun
dc.typeTheses
dc.format.pages416
dc.identifier.callnoUA10.H537 2022 tesis
dc.identifier.barcode006725(2022)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130166+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.