Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497910
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Takiyuddin Ismail, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Marfunizah Ma'Dan (P85797) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:27Z | - |
dc.date.issued | 2021-01-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129823 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497910 | - |
dc.description | Isu kebolehpasaran graduan semakin menampakkan krisis yang dihadapi dalam pencarian modal insan yang berbakat di Malaysia. Hal ini telah mendorong kepada pengkajian semula keseluruhan landskap dalam pendidikan, pembangunan modal insan, dan pencarian bakat yang mampan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Pelan Tindakan Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan 2012-2017 (PTKS 2012-2017) dalam mempengaruhi tahap kompetensi graduan universiti awam sebagai usaha untuk mengukuhkan kebolehpasaran graduan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian penerokaan. Kaedah campuran (kualitatif dan kuantitatif) telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian, manakala persampelan bertujuan digunakan dalam proses pemilihan responden. Bagi kaedah kuantitatif, borang soal selidik telah diedarkan kepada 450 graduan yang bekerja dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Seterusnya, temu bual secara bersemuka telah dijalankan terhadap informan yang mewakili universiti awam yang terpilih berdasarkan kepada jumlah peratusan kebolehpasaran graduan pada tahun 2017. Selain itu, temu bual secara bersemuka turut dijalankan terhadap informan yang terdiri daripada pakar rujuk dan pakar bidang khususnya dalam bidang kebolehpasaran graduan pengajian tinggi di Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa graduan dalam bidang perkhidmatan di Malaysia mempunyai kompetensi pada tahap sederhana tinggi. Namun begitu, analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa faktor modal insan seperti kemahiran teknikal dan kemahiran interpersonal serta faktor daya saing iaitu daya saing kebolehkerjaan, daya saing pengurusan organisasi, daya saing matlamat, dan daya saing dominan memberikan pengaruh positif yang signifikan terhadap peningkatan tahap kompetensi graduan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor lain seperti sistem struktur sokongan, motivasi, dan pembudayaan pengajaran dan pembelajaran di universiti sememangnya diperlukan untuk membekalkan faktor-faktor modal insan dan daya saing ini dalam mempengaruhi tahap kompetensi graduan. Sementara itu, hasil temu bual secara bersemuka menunjukkan bahawa universiti awam telah melaksanakan pelbagai strategi yang bertepatan dengan kandungan PTKS 2012-2017 untuk meningkatkan tahap kompetensi graduan dan seterusnya mengukuhkan kebolehpasaran mereka. Walau bagaimanapun, universiti awam didapati dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti kerenah birokrasi, ketidakseimbangan struktur program, infrastuktur yang tidak lengkap, dan faktor luaran seperti desakan pengambilan pelajar, kebergantungan sumber kewangan, dan autonomi yang terhad dalam melaksanakan pembangunan dan penstrukturan pada peringkat universiti. Oleh itu, pihak berkepentingan seperti kerajaan, penggubal dasar, dan institusi pendidikan tinggi perlu memainkan peranan dalam mempertimbangkan kelemahan sistem yang sedia ada supaya penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, seperti program pemantauan dan penilaian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran, penstrukturan kurikulum yang lebih relevan, dan pengemaskinian terhadap akses infrastruktur. Dengan itu, faktor-faktor yang dikenal pasti dapat meningkatkan tahap kompetensi graduan untuk mengukuhkan kebolehpasaran mereka pada masa hadapan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | College graduates -- Employment -- Malaysia | |
dc.subject | Graduate students -- Malaysia | |
dc.subject | Career development -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pencapaian pelan tindakan kebolehpasaran siswazah kebangsaan 2012-2017 dalam meningkatkan tahap kompetensi graduan universiti awam | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 297 | |
dc.identifier.callno | HD6278.M4M347 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006698(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129823+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.