Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497909
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Natsue Hieda (P94511) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:26Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:26Z | - |
dc.date.issued | 2022-01-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129822 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497909 | - |
dc.description | Penolakan ajakan merupakan lakuan bahasa yang penting dikuasai oleh penutur bahasa kedua kerana ia berisiko tinggi untuk menyebabkan salah faham dan kegagalan dalam komunikasi silang budaya. Bagi mengatasi masalah tersebut, cara mengisi jurang yang timbul daripada perbezaan bahasa perlu dibincangkan secara lebih mendalam. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan terhadap strategi penolakan ajakan di antara penutur asli bahasa Melayu (MNS) dengan penutur asli bahasa Jepun (JNS) serta menjelaskan "kesan kesantunan" dalam konteks antara budaya, iaitu bagaimana strategi yang digunakan oleh MNS dalam bahasa Jepun dinilai oleh JNS. Kaedah pengutipan data yang diterapkan dalam kajian ini ialah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) serta temu bual pasca lakonan dengan melibatkan 20 orang informan bagi setiap kumpulan MNS dan JNS. Kajian ini membuat perbandingan terhadap strategi penolakan di antara dua kumpulan tersebut dalam kedua-dua konteks bahasa ibunda dan konteks antara budaya dari empat perspektif, iaitu kekerapan penggunaan formula semantik, purata penggunaan formula semantik per kapita, susunan formula semantik dan purata penggunaan emoji. Teori Kesantunan yang diutarakan oleh Brown dan Levinson digunakan untuk membincangkan strategi penolakan, manakala Teori Kesantunan Wacana yang dikemukakan oleh Usami diaplikasikan untuk menentukan kesan kesantunan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya MNS lebih cenderung untuk mementingkan kesantunan positif dan tidak hanya bermatlamat untuk mencapai tujuan utama dengan menjadikan pertukaran mesej lebih panjang dan mesra dalam konteks bahasa ibunda. Sebaliknya, JNS lebih cenderung untuk menitikberatkan kesantunan negatif dan berorientasi untuk terus memenuhi tujuan utama melalui interaksi yang lebih pendek dan ringkas. Namun begitu, pendekatan MNS telah berubah untuk lebih mementingkan kesantunan negatif dalam konteks antara budaya mengikut norma dalam bahasa sasaran secara akomodatif. Kebanyakan strategi yang diambil oleh MNS dalam bahasa Jepun menghasilkan kesan kesantunan yang positif/neutral dan dapat diterima oleh JNS. Strategi yang tidak tipikal dalam bahasa Jepun yang digunakan oleh MNS juga masih dapat diterima kerana penerima mesej menetapkan "julat toleransi" secara meluas. Sumbangan kajian ini boleh disimpulkan dari tiga aspek, iaitu memperkembangkan ilmu dalam bidang sosiopragmatik, meningkatkan kefahaman silang budaya serta menambah baik pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Japanese language -- Conversation and phrase books -- Malay | - |
dc.subject | Japanese language -- Study and teaching -- Foreign speakers | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penolakan ajakan dalam komunikasi silang budaya Melayu dan Jepun : satu kajian sosiopragmatik | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 358 | - |
dc.identifier.callno | PL539.N348 2022 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006697(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129822+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.