Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497908
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Ba'yah Abdul Kadir, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Asyikin Yakub (P82371) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:14:24Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:14:24Z | - |
dc.date.issued | 2021-10-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129821 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497908 | - |
dc.description | Kesan kelahiran anak pertama dan peralihan kepada keibubapaan meningkatkan risiko tekanan keibubapaan dan berkemungkinan membawa kepada kemurungan. Kajian di Barat mendapati intervensi berbentuk psiko-pendidikan mengurangkan tahap kemurungan dalam kalangan ibu bapa. Umumnya kajian ini bertujuan menguji keberkesanan intervensi psiko-pendidikan dalam kalangan ibu bapa di sekitar Kuala Lumpur. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti kadar prevalen kemurungan dalam kalangan ibu bapa. Kedua, meneliti perkaitan antara faktor sosio-demografi dengan tahap kemurungan ibu bapa manakala objektif ketiga adalah menentukan perbezaan min skor bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan Modul Intervensi Kekeluargaan yang diubah suai bagi menguji keberkesanan intervensi psiko-pendidikan. Kajian ini melibatkan kaedah eksperimen pra-intervensi dan pasca-intervensi. Seramai 61 orang ibu bapa daripada empat Projek Perumahan Rakyat sekitar Kuala Lumpur telah dikenal pasti untuk melengkapkan soal selidik. Keputusan kajian pra-intervensi menunjukkan tahap kemurungan responden adalah antara sederhana dan sedikit kemurungan bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan faktor sosio-demografi; umur, jumlah anak, tempoh perkahwinan dan pendapatan keluarga tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan ibu bapa. Hasil analisis juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga fasa ujian pra, pasca-intervensi dan ujian susulan 12 bulan dalam penurunan skor kemurungan dan pergelutan dalam rutin harian ibu bapa. Walaupun perbezaan yang signifikan tidak dicatatkan bagi sokongan sosial, namun skor bagi kumpulan eksperimen adalah meningkat pada ujian susulan 12 bulan menunjukkan Modul Intervensi Kekeluargaan berkesan meningkatkan sokongan sosial dalam tempoh yang lebih panjang. Keseluruhan dapatan kajian jelas membuktikan Modul Intervensi Kekeluargaan berjaya membantu para ibu bapa menguruskan keluarga dengan lebih baik dan meningkatkan ilmu dalam kesihatan mental. Justeru, Modul Intervensi Kekeluargaan boleh dijalankan kepada komuniti yang lain pada masa akan datang untuk kepentingan skala yang lebih besar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Psychotherapy | - |
dc.subject | Mental illness | - |
dc.subject | Psychiatry | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Keberkesanan intervensi psiko-pendidikan bagi mengurangkan kemurungan ibu bapa yang menetap di Projek Perumahan Rakyat di sekitar Kuala Lumpur | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 174 | - |
dc.identifier.callno | RC480.N847 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006696(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129821+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 899.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.