Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497907
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Afifah Vanitha Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorFatimah Muhd Shukri (P85034)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:14:23Z-
dc.date.available2023-10-13T08:14:23Z-
dc.date.issued2021-04-20-
dc.identifier.otherukmvital:129050-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497907-
dc.descriptionFilem nasional Malaysia berkembang daripada era filem Melayu sehingga era 'Aliran Baharu' Malaysia. Era filem Melayu bermula pada tahun 1933 manakala, era filem Malaysia muncul pada tahun 1963. Filem nasional Malaysia 'Aliran Baharu' pula hanya bermula pada tahun 1990. Filem nasional adalah filem yang memaparkan isu-isu negara bangsa dan diterajui oleh pengarah filem bebas. Pada tahun 2000, selain pengarah bebas etnik Melayu, pengarah bebas etnik Cina dan India turut menghasilkan filem nasional Malaysia. Perubahan pada industri filem Malaysia ini menyebabkan bentuk kandungan filem Malaysia turut berubah. Justeru, pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, filem Jagat (2015) yang memaparkan realiti sosial masyarakat India di Malaysia, telah dianugerahkan sebagai Filem Terbaik, tetapi bagi kategori Filem Terbaik Bukan Bahasa Malaysia. Kemenangan Jagat ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penggiat filem Malaysia yang berpendapat filem ini layak dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Maka, kajian ini bertujuan membangunkan kerangka sinema nasional Malaysia berdasarkan perkembangan dan kandungan filem nasional Malaysia sejak 1990. Kajian ini merupakan kajian penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Data-data diperoleh daripada kajian perpustakaan dalam bentuk cetakan dan digital. Kajian ini menerapkan teori sinema nasional British oleh Higson (1995) dan gabungan daripada model oleh Street (1997) dan Lez (1999) dan kerangka tema realisme sosial oleh Hatta (1994) bagi menjawab persoalan kajian iaitu, apakah kerangka sinema nasional Malaysia yang mencerminkan bangsa, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia pada hari ini?. Dapatan kajian ini menemukan bahawa, sinema nasional Malaysia 'Aliran Baharu' telah berubah dari aspek kandungan industri dan kandungan filemnya. Perubahan dari aspek industri berlaku dengan kehadiran pengarah filem bebas khususnya daripada etnik Cina dan India. Perubahan dari segi kandungan filem nasional pula disebabkan oleh pengarah-pengarah filem bebas daripada etnik Cina dan India yang cenderung kepada isu-isu dalam kelompok masyarakat masing-masing. Justeru, filem dihasilkan menggunakan bahasa etnik tersebut. Kajian ini menyatakan bahawa, terdapat bahasa lain selain bahasa kebangsaan yang digunakan dalam filem nasional. Bahasa tersebut adalah bahasa etnik, bahasa ke-2 dan bahasa asing. Malah, penggunaan bahasa ini merupakan realiti yang mencerminkan masyarakat Malaysia,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMotion pictures -- Malaysia-
dc.subjectMotion picture industry -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKerangka sinema nasional Malaysia 'aliran baharu' (1990-2016)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages304-
dc.identifier.callnoPN1993.5.M4F377 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006591(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129050+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.