Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497905
Title: | Pemerkasaan dan penyertaan wanita dalam politik parlimen era demokrasi di Indonesia |
Authors: | Yumasdaleni (P82626) |
Supervisor: | Chan Kim Ling @ Geraldine, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Women politicians -- Indonesia Women -- Politics and government -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Sep-2021 |
Description: | Penyelidikan ini tentang pemerkasaan wanita dan penyertaan dalam politik parlimen semasa era demokrasi di Indonesia. Soalan kajian ini pertama tentang bagaimana wanita diperkasakan pada era sebelum demokrasi. Soalan kedua adalah tentang bagaimana penyertaan wanita dalam politik parlimen pada setiap pilihan raya. Soalan ketiga adalah tentang bagaimana wanita diperkasa dan menyertai politik parlimen semasa era demokrasi. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan temubual, pemerhatian tidak ikut serta, dan perbincangan berfokus dengan 29 orang ahli parlimen wanita dari tahun 2014 sehingga tahun 2019. Teori yang digunakan adalah teori Structuration oleh Giddens (1984) dan teori Empowerment oleh Kabeer (1999). Hasil penyelidikan ini adalah semasa zaman penjajahan Belanda (1900-1942), struktur telah mempengaruhi penyertaan wanita dalam politik. Penyertaan itu dianggap sebagai suatu pencapaian bagi mereka. Jenis-jenis struktur yang dilihat sebagai sumber itu adalah kelas sosial bangsawan (kelas elit), hubungan sosial dengan ahli politik yang berpengaruh dan hubungan kekeluargaan. Penemuan kedua ialah struktur yang terdapat pada awal kemerdekaan lain daripada struktur pada zaman penjajahan adalah seperti hubungan sosial dan hubungan kekeluargaan dengan ahli politik yang berpengaruh, polisi presiden Soekarno dan juga hubungan dengan pertubuhan organisasi wanita. Era Soeharto pula menunjukkan kelainan lagi dalam jenis-jenis struktur seperti hubungan sosial, hubungan kekeluargaan, dan undang-undang. Pada zaman era demokrasi, struktur sebagai sumber masih mempengaruhi penyertaan wanita, namun struktur pada ketika itu juga berbeza. Struktur yang didapati adalah seperti undang-undang baru (tentang affirmative 30% minimum dan sistem pilihan raya), norma dan aspek budaya tentang gender dan patriarki yang telah berkurangan setelah Megawati menjadi presiden. Era itu menunjukkan wanita telah diperkasakan oleh struktur tersebut. Walau bagaimanapun wanita telah juga menafsir semula (sebagai agensi), malah ada yang menghasilkan semula struktur sehingga membawa kepada kelainan struktur pada era demokrasi berbanding dengan struktur zaman Belanda, Jepun, Soekarno dan Soeharto. Kajian ini menunjukkan pelbagai struktur telah mempengaruhi pemerkasaan wanita dan memberi pencapaian kepada penyertaan mereka dalam politik parlimen di Indonesia, dan juga pengtafsiran semula dan pembentukan struktur baru yang telah membolehkan pemerkasaan mereka dalam politik parlimen, khususnya semasa era demokrasi di Indonesia.,Ph.D |
Pages: | 327 |
Call Number: | HQ1236.Y839 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 748.97 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.