Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497904
Title: | Peranan motif dan penapisan media over-the-top ke atas gratifikasi audiens di Malaysia |
Authors: | Asma Md Isa (P97278) |
Supervisor: | Wan Amizah Wan Mahmud, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Internet -- Malaysia Internet access -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Sep-2021 |
Description: | Dalam kehidupan moden, Internet dan teknologi digital mampu memenuhi keperluan kehidupan masyarakat seharian, justeru semakin ramai menggunakan Internet sebagai akses menonton kandungan dalam talian media over-the-top (OTT) global. Audiens boleh mengakses sepenuhnya kandungan media OTT global tanpa sebarang penapisan. Wujud kebimbangan terhadap kandungan media OTT yang berunsur negatif ke atas audiens kerana bertentangan dengan nilai budaya dan agama. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mewajibkan penyedia perkhidmatan yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sahaja perlu mematuhi dasar kawal selia yang ditetapkan manakala penyedia media OTT asing tidak tertakluk pada dasar kawal selia tersebut. Objektif kajian adalah membandingkan trend penontonan kandungan media OTT, menganalisis hubungan motif audiens menonton media OTT dan gratifikasi, menguji penapisan sebagai faktor pengantara antara hubungan motif dan gratifikasi dan merangka cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan berasaskan model kajian yang dibina. Kajian ini menggabungkan tiga teori dan satu model iaitu Teori Kegunaan dan Gratifikasi, Teori Pengesahan Jangkaan, Teori Kepentingan Awam dan Model Kualiti. Kajian ini mengukur persepsi audiens yang menonton media OTT dalam aspek motif, penapisan kandungan dan kesannya ke atas gratifikasi. Data kuantitatif telah dikumpul melalui survei menggunakan gabungan persampelan berstrata dan sistematik. Seramai 643 orang responden mengambil bahagian dalam kajian ini namun hanya 606 sahaja yang dianalisis setelah semakan dan pembersihan data. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) AMOS 23 yang meramalkan hubungan antara konstruk secara serentak dalam model kajian. Kajian ini mendapati bahawa kepuasan ialah faktor yang sangat dominan mendorong individu untuk terus melanggan perkhidmatan media OTT. Model struktural keseluruhan yang menghubungkaitkan antara motif instrinsik, motif ekstrinsik, penapisan dan gratifikasi menunjukkan bahawa indeks kesepadanan (fitness index) yang diperolehi dalam kajian ini adalah χ² = 4076.048, χ²/df = 3.569, p = 0.000, CFI = 0.908, TLI = 0.901 dan RMSEA = 0.065, membuktikan kesemua nilai memenuhi kriteria indeks kesepadanan yang baik. Penemuan kajian ini membuktikan bahawa kewujudan penapisan kandungan sebagai pemboleh ubah pengantara adalah penting dalam meningkatkan tahap gratifikasi bagi audiens di Malaysia. Kawal selia dan peraturan yang ditentukan oleh kerajaan masih relevan memandangkan industri di Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan kawal selia kendiri yang berkesan. Akhirnya, dicadangkan juga kesinambungan kajian yang sesuai untuk dilaksanakan oleh pengkaji pada masa akan datang.,Ph.D |
Pages: | 393 |
Call Number: | TK5105.875.I57.A839 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129038+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.