Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497901
Title: Dimensi kredibiliti sumber maklumat kesihatan dalam program doktor muda
Authors: Mohd Razif Zakaria (P97287)
Supervisor: Normah Mustaffa, Prof. Madya Dr.
Keywords: Physicians
Medical -- personnel
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Dec-2021
Description: Program Doktor Muda adalah aktiviti ko-kurikulum dan promosi kesihatan sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini bertujuan memupuk amalan cara hidup sihat yang selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mewujudkan persekitaran sekolah sihat. Amalan cara hidup sihat dalam kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap membimbangkan dan dapatan kajian terdahulu menunjukkan rakan sebaya tidak yakin dengan kebolehan Doktor Muda. Sebagai pembimbing rakan sebaya, kredibiliti Doktor Muda sering diragui dalam menyampaikan maklumat kesihatan kepada komuniti sekolah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti kredibiliti Doktor Muda dari empat dimensi iaitu kebolehpercayaan, kompeten, daya tarikan dan dinamik. Kerangka kajian bagi mengukur empat dimensi ini dibina berdasarkan Teori Kredibiliti Sumber. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu perbincangan kumpulan fokus dan kaedah tinjauan berbantukan borang soal selidik. Seramai 40 orang murid dari 5 buah sekolah rendah Pusat Kecemerlangan Doktor Muda iaitu SK Seri Iskandar Perak, SBT SK Seri Biram Pahang, SK Bandar Teknologi Kajang Selangor, SK Kampung Berangan Kelantan dan SK Mukah Sarawak telah dipilih sebagai informan perbincangan kumpulan fokus dan 394 murid terlibat sebagai responden bagi menjawab soal selidik. Data perbincangan kumpulan fokus dianalisis menggunakan perisian NVIVO Versi 10, manakala data survei dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 25.0. Ujian korelasi Pearson dilakukan bagi melihat kekuatan hubungan setiap pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati keempat-empat dimensi kredibiliti mempunyai hubungan yang kuat dengan sumber. Ini menunjukkan Doktor Muda yang bakal dilantik perlu memiliki keempat-empat dimensi kredibiliti bagi meyakinkan rakan sebaya untuk mengamalkan cara hidup sihat dan seterusnya mewujudkan persekitaran sekolah sihat sebagaimana saranan WHO. Hasil kajian ini juga selaras dengan ilmu kewartawanan yang mengutamakan sumber yang berkredibiliti dalam meningkatkan kepercayaan khalayak terhadap maklumat. Kajian ini membantu penggubal dasar di peringkat KKM dan KPM untuk membuat penambahbaikan kandungan perlembagaan kelab dalam urusan pemilihan dan pelantikan Doktor Muda berdasarkan kriteria dimensi kredibiliti sumber yang diperolehi seperti berperibadi tinggi, berpengetahuan, berperwatakan menarik, berkeyakinan, cekap, berkemahiran, terlatih, berkepimpinan, kreativiti, berpenampilan menarik, prihatin, mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, berdedikasi, berani, bertenaga, peramah, bijaksana dan agresif. Selain ianya dapat digunakan untuk aktiviti ko-kurikulum dan program promosi kesihatan yang lain di sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti.,Ph. D
Pages: 309
Call Number: R727.M837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.