Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497900
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latiff Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurul Akqmie Badrul Hisham (P87667)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:14:11Z-
dc.date.available2023-10-13T08:14:11Z-
dc.date.issued2021-09-29
dc.identifier.otherukmvital:128723
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497900-
dc.descriptionMediatisasi dan budaya ialah suatu sinergi untuk mendalami bagaimana sesuatu media itu berkaitan rapat dengan perubahan yang berlaku dalam budaya harian masyarakat. Pada dasarnya, mediatisasi memberi takrifan kepada saling hubungan antara kemampuan teknologi dan wacana dominan yang mendorong kepada peningkatan dalam pergantungan terhadap media baharu dalam kehidupan sosial masyarakat (Jansson 2018). Meskipun teknologi media komunikasi menjadi asas dalam pembinaan realiti harian masyarakat, namun perkembangannya mengakibatkan kos, ketegangan dan masalah baharu. Oleh itu, kajian ini menganalisis proses mediatisasi terhadap budaya belia kontemporari dan isu sosial yang wujud disebabkan oleh perkembangan teknologi media. Kajian ini mendalami idea yang dihujahkan oleh Hepp (2009) sebagai kuasa pengacuan media, yang menerangkan bahawa sesuatu jenis media itu memberikan tekanan terhadap cara manusia berkomunikasi. Penelitian ini menggunakan dua kaedah kutipan data berdasarkan pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam. Pemerhatian ikut serta dijalankan di 11 acara fenomena gelombang Korea dan juga secara dalam talian. Pengkaji turut menemu bual 16 informan yang terdiri daripada peminat, pempengaruh sosial belia wanita Melayu, ejen dan ahli akademik. Dapatan kajian membuktikan media sosial mewujudkan dunia pengantaraan dan komuniti dalam talian yang berfungsi sebagai pemangkin untuk menghubungkan peminat belia wanita Melayu dengan gelombang Korea. Kuasa pengacuan media boleh dilihat dari tiga dimensi utama aktiviti manusia, iaitu sosial, ruang dan masa. Dimensi sosial memperlihatkan media menjadikan dimensi sosial manusia lebih bersifat individualisasi dan media lebih bersaing untuk mendapatkan khalayak. Dimensi ruang pula memperlihatkan dunia pengantaraan yang dicipta oleh peminat, mempunyai rangkaian komunikasi yang melebihi sesuatu kawasan, dan media sentiasa berusaha menawarkan cara baharu untuk tidak lagi mengambil kira ruang fizikal dunia. Dimensi masa membawa kepada kewujudan media sebagai pengantara antara peminat belia wanita Melayu dengan selebriti. Situasi ini merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain dan menyebabkan maklumat tentang gelombang Korea diperoleh dengan lebih cepat dan tanpa sebarang gangguan. Kesimpulannya, mediatisasi menyebabkan berlakunya rundingan penciptaan realiti sosial, pemerkasaan kumpulan berkepentingan yang turut terlibat dalam evolusi gelombang Korea, dan pada masa yang sama menjadi sebahagian daripada fenomena ini. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu kajian lain pada masa akan datang. Dengan menggunakan rangka kerja teori mediatisasi dan budaya, metodologi kualitatif dan konsep kuasa pengacuan media mampu memberikan perspektif kritis dalam usaha untuk memahami fenomena sosial pada abad ke-21.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectSocialism and culture
dc.subjectMedia social
dc.subjectMediatization
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMediatisasi budaya dan fenomena gelombang Korea dalam kalangan belia wanita Melayu
dc.typeTheses
dc.format.pages306
dc.identifier.callnoHX523.N837 2021 tesis
dc.identifier.barcode006564(2022)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128723+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
518 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.