Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497897
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidi A. Hamid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMajdan Paharal Radzi (P82387)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:14:07Z-
dc.date.available2023-10-13T08:14:07Z-
dc.date.issued2020-10-03
dc.identifier.otherukmvital:128518
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497897-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meneliti aspek faringealisasi dan non-faringealisasi bunyi bahasa Arab yang dihasilkan oleh penutur bahasa Melayu berasaskan pendekatan fonetik akustik serta melihat keterkaitannya dengan model pembelajaran bahasa kedua yang dikemukakan oleh Flege (1995). Pengujaran bunyi plosif dan frikatif yang berkaitan dengan faringealisasi dan non-faringealisasi Arab merupakan antara masalah utama kepada penutur bukan natif Arab yang mempelajari bahasa Arab. Kajian lepas menekankan faktor pengaruh bahasa pertama/ibunda antara penyebab kepada kegagalan pelajar bahasa kedua untuk menguasai penghasilan ujaran fonem Arab. Justeru kerangka hipotesis tentang bunyi sama, beza dan baharu yang dikemukakan oleh Flege (1995) dimanfaatkan bagi membina gambaran sebenar fenomena pembelajaran pertuturan bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Perisian PRAAT digunakan bagi memperoleh data ujaran dalam bentuk spektrogram yang diperlukan dalam analisis spektograf. Seterusnya, dapatan dianalisis melalui SPSS bagi menjelaskan persamaan dan perbezaan kedua-dua bunyi bahasa. Parameter akustik Masa Mula Suara (Voice Onset Time) bagi bunyi plosif dan tempoh frikasi bagi bunyi frikatif digunakan semasa analisis spektograf. Data spektrogram berjumlah sebanyak 2880 diperoleh dari pertuturan subjek kajian yang terdiri daripada 24 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) UKM. Dapatan kajian penghasilan ujaran menunjukkan bahawa bunyi plosif Melayu tak bersuara berkategori penyuaraan singkat, manakala bagi bunyi plosif bersuara berkategori penyuaraan awalan. Bagi bunyi plosif Arab berkategori penyuaraan tertunda panjang berkontras penyuaraan awalan. Selain itu, bunyi plosif Arab / /ت menunjukkan ciri aspirat dan menghasilkan VOT yang lebih panjang berbanding bunyi plosif Melayu /t/. Bagi bunyi faringealisasi Arab, bunyi faringealisasi Arabi didapati menghasilkan forman 1 (F1) yang lebih tinggi berbanding bukan bunyi faringealisasi Arab. Bunyi faringealisasi Arab juga didapati menghasilkan Masa Mula Suara (Voice Onset Time) yang lebih pendek berbanding bunyi bukan faringealisasi Arab. Selain itu, penutur mereplekasi bunyi B1 yang sama dan menunjukkan fenomena bahasa antara dalam kajian yang dijalankan bagi bunyi B2 yang berbeza dengan B1. Dengan hal demikian maka dapatlah ditegaskan di sini bahawa terdapat beberapa hasil kajian menyokong teori Flege (1995) yang menyatakan bahawa fonem B2 yang sama dengan B1 tidak semestinya mudah disebut, manakala fonem B2 yang tiada dalam B1 merupakan proses pembelajaran dan lebih mudah disebut.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectSecond language learning
dc.subjectSpeech perception
dc.subjectSpeech
dc.subjectPhonetics
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemerian akustik bunyi-bunyi faringealisasi bahasa Arab yang diujarkan oleh penutur natif Melayu
dc.typeTheses
dc.format.pages248
dc.identifier.callnoP118.2.M335 2020 tesis
dc.identifier.barcode006550(2022)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128518+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.