Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497894
Title: Pengaruh gaya keibubapaan ibu bekerja terhadap temperamen kanak-kanak di Sabah : tabiat tidur sebagai pemboleh ubah pengantara
Authors: Suwaibah Zakaria (P71905)
Supervisor: Suzana Mohd Hoesni, Dr.
Keywords: Temperament in children
Personality in children
Personality disorders in children
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Sep-2021
Description: Temperamen merupakan salah satu elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan faktor gaya keibubapaan ibu dan tabiat tidur kanak-kanak memainkan peranan dalam mempengaruhi temperamen kanak-kanak. Namun, kepelbagaian dapatan kajian mencetuskan persoalan berkenaan sejauhmana gaya keibubapaan, tabiat tidur dan temperamen saling berinteraksi. Maka, pengkajian berkaitan peranan tabiat tidur sebagai pemboleh ubah pengantara dalam mempengaruhi temperamen kanak-kanak masih memerlukan kajian lanjut. Objektif utama kajian ini adalah untuk menguji kesan gaya keibubapaan ibu bekerja terhadap tabiat tidur dan temperamen serta kesan tabiat tidur terhadap temperamen kanak-kanak. Kedua, kajian ini bertujuan untuk menguji peranan tabiat tidur sebagai pemboleh ubah pengantara dalam hubungan antara gaya keibubapaan ibu bekerja terhadap temperamen kanak- kanak. Ketiga, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kesepadanan model pengukuran dan model struktural dengan data kajian ini. Pelaksanaan kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 350 orang ibu bekerja yang berkahwin dan mempunyai anak berumur 18 hingga 36 bulan di negeri Sabah yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah dan bertujuan. Alat ujian Short Form Toddler Temperament Questionnaire (SFTTQ) digunakan untuk mengukur temperamen kanak-kanak dan Parenting Styles and Dimensions Questionnaire (PSDQ) digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan ibu bekerja. Alat ujian Sleep Habit Inventory (SHI) pula digunakan untuk mengukur tabiat tidur kanak-kanak. Analisis penerokaan faktor (EFA), analisis pengesahan faktor (CFA) dan pemodelan persamaan berstruktur (SEM) dilakukan dengan menggunakan perisian IBM SPSS 23 dan AMOS 22. Keputusan kajian mendapati gaya keibubapaan autoritarian (P=0.042) dan permisif (P=***) ibu bekerja mempengaruhi tabiat tidur kanak-kanak secara signifikan. Gaya keibubapaan autoritatif (P=0.003) dan permisif (P=0.002) ibu bekerja juga didapati berpengaruh secara signifikan terhadap temperamen kanak-kanak. Tabiat tidur pula terbukti mempengaruhi temperamen (P=***) kanak-kanak secara signifikan. Tabiat tidur didapati mampu berperanan sebagai pengantara penuh dalam hubungan antara gaya keibubapaan ibu bekerja terhadap temperamen kanak-kanak (0.375>0.10). Model pengukuran dan model struktural juga didapati sepadan dengan data kajian. Secara keseluruhan, semua peramal menyumbang sebanyak 65 peratus varians konstruk temperamen. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini dapat diaplikasikan untuk memahami faktor peramal temperamen kanak-kanak dalam konteks tempatan. Penjaga, guru dan pengamal bidang kanak-kanak sewajarnya mempertimbangkan faktor gaya keibubapaan yang diamalkan dalam kalangan ibu bapa demi mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak dengan mengambil kira faktor tabiat tidur dan temperamen kanak-kanak.,Ph.D
Pages: 285
Call Number: BF723.T53S839 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128506+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.