Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497884
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Ba'yah Abdul Kadir, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Radzi Tarmizi A Halim (P77631) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:13:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:13:47Z | - |
dc.date.issued | 2021-10-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:127746 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497884 | - |
dc.description | Fenomena tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia dan serata dunia semakin membimbangkan. Kajian semasa telah mengenal pasti impulsiviti sebagai faktor risiko manakala sokongan sosial dan keagamaan dikenal pasti sebagai faktor pelindung kepada tingkah laku bunuh diri. Namun, faktor-faktor ini kurang diuji sebagai penyederhana (impulsiviti) dan pengantara (sokongan sosial dan keagamaan) secara serentak dalam hubungan di antara kemurungan dan idea bunuh diri terutama sekali di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor risiko yang menyumbang kepada idea bunuh diri, menilai faktor pengaruh idea bunuh diri serta menentukan faktor penyederhana dan pengantara dalam hubungan antara kemurungan dengan idea bunuh diri. Kajian keratan rentas ini dijalankan di tiga buah universiti awam di Selangor dan Kuala Lumpur. Daripada 1,000 orang pelajar yang didekati, hanya 577 orang pelajar melengkapkan soal selidik. Skala Kemurungan Pusat Kajian Epidemiologi versi semakan semula, Skala Tingkah Laku Impulsif UPPS-P versi pendek, Skala Multidimensi Persepsi Sokongan Sosial, Skala Idea Bunuh Diri versi semakan semula dan Skala Keagamaan digunakan untuk mengukur pemboleh ubah kajian. Keputusan kajian menunjukkan kadar prevalens kemurungan adalah 44.02%, impulsiviti, 19.93% dan idea bunuh diri 18.37%. Analisis model regresi logistik menunjukkan mereka yang sedang murung, bersikap impulsif, kekurangan sokongan sosial dan keagamaan yang rendah lebih cenderung untuk mengalami idea bunuh diri. Model regresi logistik turut mencadangkan faktor demografi seperti bangsa, agama, mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah kecelaruan mental, mempunyai sejarah ahli keluarga atau rakan yang bertingkah laku bunuh diri adalah lebih cenderung mengalami idea bunuh diri. Impulsiviti turut didapati menyederhanakan hubungan antara kemurungan dan idea bunuh diri manakala sokongan sosial dan keagamaan pula bertindak sebagai pengantara dalam hubungan yang sama. Dapatan kajian ini boleh digunakan bagi merangka pelan rawatan dan pencegahan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Suicidal behavior | - |
dc.subject | University students | - |
dc.subject | Public University -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan faktor penyederhana dan pengantara dalam hubungan di antara kemurungan dan idea bunuh diri dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 290 | - |
dc.identifier.callno | RC569.M634 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006450(2021) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127746+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.