Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497873
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorImran Ho Abdullah, Prof. Dato' Dr.
dc.contributor.authorIbtisam Abdullah (P48379)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:13:30Z-
dc.date.available2023-10-13T08:13:30Z-
dc.date.issued2021-04-26
dc.identifier.otherukmvital:127414
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497873-
dc.descriptionKata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Peminjaman kata merupakan gejala biasa dalam bahasa yang terjadi akibat pertembungan masyarakat pengguna bahasa yang berlainan. Apabila peminjaman kata berlaku maka perubahan juga akan berlaku terutamanya dari sudut morfologi. Oleh itu, permasalahan kajian ini membincangkan tentang perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kajian perubahan morfologi ini meliputi perubahan kelas kata, proses penyesuaian, perubahan makna jamak, perubahan bentuk dan proses pengimbuhan. Kerangka kajian kata pinjaman Arab ini menggunakan Teori Morfologi Generatif model Aronoff Word-Based Morphology dan Word Formation Rules (1976). Kaedah kajian ialah kajian kepustakaan dan bersifat data sekunder. Penjanaan data adalah daripada data korpus berkomputer DBP-UKM berjumlah 5 juta patah perkataan menggunakan sample surat khabar Berita Harian, Harakah dan Utusan Malaysia dalam perisian WordSmith Tools 5.0 dalam bentuk Wordlist dan Concordance. Dapatan kajian mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku ialah perubahan kelas kata bahasa sumber yang meresap ke dalam bahasa sasaran, iaitu kelas kata bahasa sumber adalah pada asalnya Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Kerja (KK), atau Kata Nama berubah menjadi Kata Adjektif (KAdj), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adverba (KAdv) dalam bahasa sasaran mengikut binaan struktur ayat. Contohnya kata pinjaman Arab wujud, kuat, asyik. Bahasa Melayu banyak meminjam kata Arab yang terdiri daripada kata nama tunggal yang telah melalui proses penyesuaian konsonan-vokal bagi menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu. Antaranya dari pola (KVKK) kepada (KVKVK) seperti wujud, faham dan fikir. Perubahan bentuk jamak dalam bahasa sumber asalnya adalah kata nama jamak namun berubah menjadi kata tunggal dalam bahasa sasaran seperti jiran dan arwah. Perubahan bentuk kata doublet iaitu pasangan kata kembar dalam satu bahasa yang berasal daripada sumber yang sama dipinjam sebanyak dua kali seperti syariah dan syariat, hikmah dan hikmat. Kata pinjaman Arab ini juga apabila digabungkan dengan imbuhan bahasa Melayu akan mengalami perubahan mengikut struktur frasa ayat seperti berjiran, berilmu, berfikir, mengamalkan, mengasyikkan, dan menyabarkan. Peminjaman kata Arab ini telah memberi pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Maka peminjaman kata Arab ini telah memberi impak kepada masyarakat dalam usaha memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectKata pinjaman
dc.subjectMorfologi
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu : satu kajian morfologi generatif
dc.typeTheses
dc.format.pages253
dc.identifier.barcode006506(2021)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127414+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.