Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497872
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShaiful Bahri Md. Radzi, Dr.
dc.contributor.authorSiti Hajar Idrus (P59246)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:13:29Z-
dc.date.available2023-10-13T08:13:29Z-
dc.date.issued2021-03-15
dc.identifier.otherukmvital:125260
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497872-
dc.descriptionKajian ini membicarakan kerelevenan dan kelangsungan teromba dalam kalangan masyarakat pengamal Adat Perpatih di Tanah Adat di Negeri Sembilan yang mengamalkan sistem Adat Perpatih. Sebagai undang-undang adat, teromba atau juga dikenali sebagai perbilangan adat yang diwadahkan menerusi bentuk puisi lisan dan berfungsi sebagai alat penyelesai masalah bagi mengatur kehidupan bermasyarakat dalam kalangan pengamal Adat Perpatih. Kajian ini berorientasikan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan etnografi dan folklore. Pendekatan etnografi melibatkan pengumpulan data di lapangan khususnya di Luak Ulu Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan melalui kerapatan adat dalam pemilihan pemimpin, istiadat pelantikan, kerjan dan menyandar bagi Buapak dan Lembaga. Pendekatan ini juga melibatkan pemerhatian langsung, rakaman gambar dan temu bual dengan tokoh pakar rujuk Adat Perpatih Negeri Sembilan, Datuk Khalid bin Bongek, sementara, pendekatan folklore diaplikasikan bagi mengklasifikasi dan menganalisis data menggunakan mengikut fungsi Bascom; sebagai alat hiburan, pendidikan, pengabsahan budaya dan cerminan jati diri masyarakat pemiliknya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa teromba tetap kekal relevan dan kelangsungannya masih berterusan diguna pakai sehingga kini memandangkan tradisi ini adalah merupakan suatu bentuk undang-undang adat penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang meliputi adat istiadat dan hal-hal kehidupan harian masyarakatnya. Teromba menjustifikasikan adat istiadat pelantikan, pengisyhtiharan, kerjan dan menyandar pemimpin. Pemimpin amat signifikan dalam sistem hierarki Adat Perpatih dengan jawatan Undang khas buat suku Biduanda ditampuk teratas memimpin Luak; diikuti Lembaga memimpin Suku; Buapak memimpin Perut, Kedim memimpin Rumpun manakala yang terakhir anak buah. Sebagai pemimpin, ketua adat di setiap lapisan hierarki ini akan merujuk teromba sebagai panduan penyelesaian kepada segala bentuk pertikaian yang berbangkit dalam kehidupan sama ada dari segi kekeluargaan, pelantikan pemimpin, jenayah dan pemilikan tanah pusaka bagi menjamin keharmonian masyarakat. Teromba adalah alat pengingat memandangkan penyampaiannya menerusi puisi lisan yang memperkatakan tentang undang-undang adat yang turut memainkan fungsinya sebagai alat hiburan, pendidikan, jati diri dan pengabsahan budaya masyarakat pemiliknya. Walaupun zaman mengalami perubahan, kehadiran teromba sebagai alat penyampaian Adat Perpatih tetap subur bertahan menyesuaikan kepentingannya seiring dengan perubahan hingga ke zaman kontemporari memandangkan tradisi teromba berteraskan Islam. Secara kiasan, teromba akan sentiasa berkeadaan baru apabila diguna pakai berbanding kain yang menjadi lusuh. Sesungguhnya, pemahaman dan penghayatan terhadap teromba mampu memacu sebuah masyarakat yang harmonis serta dapat menangkis sikap prejudis masyarakat luar Adat Perpatih bagi mengenali mereka dengan lebih dekat.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectAdat Perpatih
dc.subjectTeromba
dc.subjectTanah Adat -- Negeri Sembilan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAdat dipakai baru, kain dipakai usang : kerelevenan dan kelangsungan teromba sebagai alat penyelesai masalah di Tanah Adat di Negeri Sembilan
dc.typeTheses
dc.format.pages420
dc.identifier.barcode004988(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125260+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.