Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497867
Title: | Peralihan bahasa Cham di Malaysia berdasarkan analisis sosiolinguistik |
Authors: | Noraisikin Ghazali (P88284) |
Supervisor: | Mohammad Fadzeli Jaafar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Bahasa Cham -- Malaysia Masyarakat Cham -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Feb-2021 |
Description: | Kajian ini berkaitan isu peralihan dan pengekalan bahasa oleh masyarakat minoriti yang berhijrah ke persekitaran multietnik dan multilingual. Bahasa minoriti yang dikaji ialah bahasa Cham dalam kalangan masyarakat Cham di Malaysia. Kajian ini dilakukan kerana masyarakat Cham mengalami mobiliti sosial setelah berhijrah seterusnya membawa kepada konflik penggunaan bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa Cham dalam domain kekeluargaan, kejiranan dan pekerjaan, menentukan status peralihan bahasa Cham menggunakan Katalog Bahasa-bahasa Terancam-Indeks Keterancaman Bahasa (ELCat-LEI) seterusnya menganalisis faktor yang menyumbang kepada peralihan bahasa Cham. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran serentak kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menerapkan analisis domain penggunaan bahasa, teori mobiliti sosial dan Katalog Bahasa-bahasa Terancam-Indeks Keterancaman Bahasa (ELCat-LEI) sebagai asas penganalisisan data. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik, temu bual bersemuka separa berstruktur, pemerhatian peserta di lapangan dan sumber media sosial daripada WhatsApp dan Facebook. Responden yang menjawab soal selidik dan informan yang ditemu bual ialah orang yang berbeza sesuai dengan kaedah campuran serentak yang digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 263 responden dan 16 informan berusia dalam lingkungan 12 hingga 75 tahun terlibat dalam kajian ini, enam pemerhatian dilakukan dan dua sumber media sosial dirujuk. Kaedah persampelan kelompok dan persampelan bertujuan digunakan untuk memilih responden dan informan. Data dianalisis secara peratusan, ujian-T, Anova, Regresi dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Cham semakin merosot dan berlaku peralihan bahasa kepada bahasa Melayu dalam ketiga-tiga domain yang dikaji. Kajian ini juga mendapati bahawa status peralihan bahasa Cham berada pada tahap sangat terancam. Faktor mobiliti sosial, iaitu keetnikan, perubahan etnik, nasionalisme etnik dan nasionalisme wilayah didapati memberi sumbangan terhadap peralihan tersebut. Kajian ini memberi implikasi dari segi kesedaran tentang berlakunya peralihan bahasa Cham dan memberi gambaran bahawa bahasa minoriti lain kemungkinan berhadapan dengan situasi yang sama. Sekiranya peralihan bahasa tidak ditangani, bahasa Cham di Malaysia atau bahasa minoriti di tempat lain berkemungkinan pupus. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada kajian peralihan dan pengekalan bahasa dan kajian bahasa-bahasa terancam yang lain.,Ph.D. |
Pages: | 365 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124877+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.