Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497866
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Takiyuddin Ismail, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Norazam Mohd Noor (P92260) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:13:20Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:13:20Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124876 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497866 | - |
dc.description | Pemantauan pilihan raya merupakan salah satu aspek penting dalam tadbir urus pilihan raya. Secara teorinya, penglibatan pihak yang berkecuali dapat mencegah atau mengurangkan penipuan pilihan raya. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan peranan organisasi pemantauan pilihan raya di Malaysia dalam mengukuhkan tadbir urus pilihan raya di Malaysia. Sistem pilihan raya di Malaysia sering kali dilihat sebagai bebas tetapi tidak adil. Kritikan yang sering dibangkitkan termasuklah persempadanan semula, penggunaan jentera kerajaan, ketidakseimbangan perbelanjaan pilihan raya dan kawalan terhadap media perdana. Kajian kualitatif berbentuk penerokaan ini meneliti urusan pemantauan yang dijalankan oleh organisasi pemantauan domestik dan antarabangsa di Malaysia bagi tempoh Pilihan Raya Umum 1990 hingga 2018, sehingga pelaksanaan sepuluh siri Pilihan Raya Kecil selepas itu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes melibatkan analisis terhadap gabungan data daripada sumber sekunder, temu bual tidak berstruktur serta penglibatan turut serta sebagai anggota pemerhati pilihan raya. Penggunaan data primer merupakan keaslian utama yang dikemukakan oleh kajian ini menerusi temu bual bersemuka yang dilakukan dengan 48 orang informan yang terdiri daripada organisasi pemantauan pilihan raya di Malaysia, Indonesia dan Filipina, aktivis masyarakat sivil, bekas kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga beberapa pihak berautoriti yang lain. Kajian ini mendapati sistem pemantauan pilihan raya di Malaysia kurang efektif dalam menjadi suara ketiga kerana ia tidak diinstitusikan dengan jelas dalam undang-undang pilihan raya di Malaysia. Situasi ini memberi kesan terhadap aspek profesionalisme dan kompetensi pemantauan pilihan raya. Manipulasi pilihan raya yang berlaku secara sofistikated dan juga kompetensi SPR dalam mengendalikan pilihan raya juga tidak merangsang penyertaan meluas massa seperti yang berlaku di Filipina dan Indonesia. Dapatan kes Malaysia juga menyarankan bahawa tiga faktor penting dalam pengembangan pemantauan pilihan raya iaitu penglibatan masyarakat sivil, sokongan bantuan demokrasi dan juga kombinasi rungutan dan struktur peluang politik tidak memainkan peranan melengkapkan antara satu sama lain. Kajian ini bukan sahaja mengisi lompong mengenai kajian pemantauan pilihan raya yang terabai di Malaysia, namun juga bertindak sebagai garis panduan kepada pihak berautoriti pilihan raya dalam merangka dasar-dasar pemantauan yang lebih sistematik dan menyeluruh pada masa hadapan.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pilihan raya -- Malaysia | |
dc.subject | Tadbir urus | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Peranan organisasi pemantauan pilihan raya dalam tadbir urus pilihan raya di Malaysia 1990-2020 | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 322 | |
dc.identifier.barcode | 004950(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124876+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.