Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497860
Title: | Mohd. Said Sulaiman pujangga Melayu terakhir di istana Sultan Johor pada abad ke-20 |
Authors: | Mahdi Shuid (P80346) |
Supervisor: | Shaiful Bahri Md. Radzi, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mohd Said bin Haji Sulaiman Dato' 1876-1955 Authors Malay -- Malaysia -- Johor -- Biography Scholars -- Malaysia -- Johor Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2019 |
Description: | Kajian ini membicarakan ketokohan Mohd. Said Sulaiman sebagai seorang pujangga Melayu terakhir pada abad ke-20. Beliau yang merupakan seorang Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim (1895–1959) begitu cemerlang dalam bidang persuratan Melayu dengan menghasilkan puluhan buah karya baik dalam bidang bahasa, budaya, mahupun sastera. Dalam konteks sastera, Mohd. Said Sulaiman menghasilkan tiga buah karya sastera sejarah, makhota genre bagi persuratan Melayu tradisional. Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar (1908), Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Ibrahim (1951), dan Hikayat Johor Serta Pahang (t.t) merupakan tiga buah karya sastera sejarah beliau yang dihasilkannya bagi mengangkat keagungan jurai Keturunan Temenggung Johor, penaung kepada segala aktiviti persuratannya. Sungguhpun begitu, dakwaan umum khususnya para sarjana sering mengangkat Raja Ali Haji tokoh persuratan Melayu dari Pulau Penyengat, Riau pada yang abad ke-19 sebagai pujangga Melayu yang terakhir. Ketokohan Mohd. Said Sulaiman sebagai pujangga dan Johor sebagai pusat persuratan Melayu sering diabaikan. Kajian ini berteraskan kepada pendekatan sejarah dengan mengaplikasikan teori intertekstualiti dan teori kepengarangan St. Bonaventure serta menggunakan teks Hikayat Johor Serta Pahang (HJSP) sebagai data dalam membuktikan kehebatan dan kewibawaan tokoh persuratan Melayu dari selatan tanah air ini. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Mohd. Said Sulaiman sebenarnya adalah seorang pujangga Melayu yang hebat memandangkan penciptaan HJSP itu berdasarkan kepada kutipan pelbagai sumber (manuskrip) yang berbeza dan distrukturkan kepada tiga isu utama; peristiwa Sultan Mahmud II dan kisah Negeri Johor; jurai keturunan Bendahara dan Sultan Pahang; dan adat istiadat serta protokol. Penetapan ke atas tiga isu utama ini yang distrukturkan sedemikian rupa adalah bertujuan bagi mengangkat keturunan Temenggung serta memberikan suatu justifikasi akan kewujudannya dalam kalangan Raja-raja Melayu pada awal abad ke-20. Kajian ini memberikan sumbangan yang signifikan dalam meletakkan Mohd. Said Sulaiman sebagai seorang tokoh persuratan Melayu tradisional yang terakhir dan Johor sebagai pusat persuratan Melayu tradisional sebelum sastera Melayu mengorak langkah berkembang sebagai sastera moden.,Ph.D. |
Pages: | 352 |
Call Number: | PL5106.M3342020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124870+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.