Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497853
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Mustaffa, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSharul Azim Sharudin@Sharaddin (P88283)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:13:04Z-
dc.date.available2023-10-13T08:13:04Z-
dc.date.issued2021-02-03
dc.identifier.otherukmvital:124075
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497853-
dc.descriptionPlatform media sosial merupakan medium yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual dalam media sosial berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung kepada penggunaan jenis visual yang digunakan oleh penyampainya. Walau bagaimanapun, pemilihan visual yang digunakan kurang memberi impak kepada kesedaran kesihatan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis visual yang mampu mempengaruhi kesedaran masyarakat melalui akaun media sosial Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penyelidikan ilmiah terperinci dengan berpandukan prinsip visual teori Gestalt. Jenis visual dibahagikan kepada tiga iaitu gambar foto, ilustrasi dan infografik. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu dimulai dengan kaedah analisis kandungan ke atas 259 buah visual dari tahun 2015 hingga tahun 2018 berkaitan dengan kesedaran kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM. Setelah itu, dapatan kajian yang diperoleh dibincangkan dalam perbincangan kumpulan fokus (FGD) daripada lima orang kakitangan Unit Komunikasi Korporat, KKM juga merupakan unit yang bertanggung jawab menjaga ke semua laman sosial KKM. Dapatan kajian melalui analisis kandungan menunjukkan jumlah keseluruhan tertinggi bagi penggunaan visual yang digunakan oleh KKM adalah penggunaan visual infografik. Perbincangan kumpulan fokus (FGD) pula mendapati visual infografik dapat meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan belia. Infografik juga tidak tertumpu ke atas belia tetapi boleh menjadi panduan menteri dan juga media bagi berkongsi informasi kesihatan kepada masyarakat umum. Prinsip teori Gestalt secara keseluruhannya memberi kesan positif ke atas kesedaran kesihatan belia di Malaysia menerusi penggunaan visual infografik. Kajian ini mampu menjadi rujukan serta panduan kepada pelajar dan juga pereka bentuk dalam memilih jenis visual untuk menyampaikan informasi kepada khalayak melalui pemilihan dan penggunaan yang tepat.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectTeori Gestalt
dc.subjectInstagram
dc.subjectPlatform media sosial
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeranan visual instagram dari perspektif teori Gestalt
dc.typeTheses
dc.format.pages155
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124075+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
965.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.