Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497852
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Maizatul Haizan Mahbob, Dr. | |
dc.contributor.author | Noor Afzaliza Nazira Ibrahim (P92305) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:13:02Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:13:02Z | - |
dc.date.issued | 2021-09-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124038 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497852 | - |
dc.description | Keterampilan peribadi pelajar dapat dibentuk dengan menggabungkan aspek kecerdasan emosi dan komunikasi bukan lisan. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pelajar, maka seseorang pelajar itu tidak akan dapat membentuk sahsiah diri serta tiada sifat berdaya saing. Ketiadaan sifat daya saing ini sering dikaitkan dengan isu kebolehpasaran graduan. Justeru keterampilan peribadi graduan cuba dirungkai dengan mengaitkan kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi bukan lisan mereka. Kajian ini menggariskan beberapa objektif iaitu mengenal pasti tahap kecerdasan emosi, tahap kemahiran komunikasi bukan lisan dan tahap keterampilan peribadi pelajar universiti awam yang dikaji, menganalisis perbezaan tahap kecerdasan emosi, komunikasi bukan lisan dan keterampilan peribadi mengikut universiti awam, menilai hubungan antara kecerdasan emosi dengan komunikasi bukan lisan, hubungan antara kecerdasan emosi dengan keterampilan peribadi, hubungan antara komunikasi bukan lisan dengan keterampilan peribadi serta pengaruh kecerdasan emosi secara langsung dan tidak langsung ke atas keterampilan peribadi pelajar. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah menjalankan survei dalam kalangan pelajar prasiswazah di tiga buah fakulti di UPM dan UMS. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ujian t, korelasi dan regresi pelbagai. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi pelajar, kesedaran pelajar terhadap kemahiran komunikasi bukan lisan dan keterampilan peribadi pelajar berada pada tahap tinggi. Melalui ujian perbezaan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan emosi dan keterampilan peribadi pelajar. Namun, bagi kemahiran komunikasi bukan lisan, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar. Berdasarkan ujian korelasi, terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan komunikasi bukan lisan, kecerdasan emosi dengan keterampilan peribadi serta komunikasi bukan lisan dengan keterampilan peribadi. Sementara analisis regresi pelbagai mendapati sebahagian daripada konstruk kecerdasan emosi iaitu motivasi diri, kerohanian, kematangan dan kesedaran kendiri memberi sumbangan yang signifikan ke atas keterampilan peribadi. Dari segi komunikasi bukan lisan pula, semua dimensi memberi pengaruh terhadap keterampilan peribadi. Kecerdasan emosi didapati memberi pengaruh yang lebih besar ke atas keterampilan peribadi apabila kemahiran komunikasi bukan lisan menjadi pengantara di antara kedua pemboleh ubah ini. Implikasi kajian menunjukkan bahawa model kecerdasan emosi Goleman boleh ditambah baik dengan memasukkan elemen kerohanian dan kematangan ke dalam model. Model keterampilan peribadi juga boleh ditambah baik dengan menjadikan kemahiran komunikasi bukan lisan sebagai pengantara kepada kecerdasan emosi dan keterampilan peribadi. Penambahan tersebut telah meningkatkan sumbangan varians terhadap model. Implikasi kepada universiti pula, bukan sahaja universiti awam, malah semua Institut Pengajian Tinggi boleh menerapkan elemen ini dalam kurikulum dan ko-kurikulum program bagi melahirkan persona pelajar yang mempunyai keterampilan peribadi yang mengarah kepada kebolehpasaran diri mereka dalam dunia pekerjaan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Keterampilan peribadi | |
dc.subject | Kecerdasan emosi | |
dc.subject | Komunikasi non verbal | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh kecerdasan emosi dan komunikasi bukan lisan ke atas keterampilan peribadi pelajar universiti awam | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 202 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124038+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 996.46 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.