Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497850
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rahimah Abdul Aziz, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Sarina Yusoff (P72902) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:13:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:13:00Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:124035 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497850 | - |
dc.description | Bencana banjir 2014 telah membawa gangguan sosial dalam kehidupan yang normal, menimbulkan kekacauan dan menghancurkan struktur sosial komuniti berisiko, iaitu mangsa bencana banjir. Bencana banjir yang berlaku menyebabkan kehidupan sosial yang 'normal' berubah menjadi kurang 'stabil'. Dalam keadaan yang kurang 'stabil' itu, mangsa memerlukan sokongan sosial dan mereka perlu mengadaptasi keadaan bagi mengembalikan semula keseimbangan sosial yang terganggu akibat bencana banjir. Maka, satu kajian dijalankan dari perspektif sosiologi bagi memahami peristiwa yang mengancam kehidupan mangsa, seterusnya mengurus bencana dan memaksimumkan keselamatan awam. Kajian ini bertujuan menganalisis gangguan sosial yang dialami oleh mangsa, sokongan sosial yang mereka terima dan adaptasi sosial yang dilakukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Seramai 15 orang mangsa dari tiga buah kampung dipilih melalui kaedah pensampelan rawak bertujuan. Selain itu, seramai 10 orang wakil dari pihak yang mengurus bencana juga telah ditemu bual. Data yang dikumpul dianalisis menerusi teknik analisis tematik. Dua teori, iaitu teori keseimbangan bersela dan juga teori adaptasi sosial digunakan bagi membantu menganalisis hasil kajian ini. Lazimnya mangsa yang berpendapatan rendah, miskin dan tinggal di kawasan rentan banjir didapati berhadapan dengan risiko dan bahaya banjir bergantung pada aspek kerentanan sosial mereka. Hasil kajian mendapati gangguan yang dialami mangsa merangkumi gangguan terhadap pekerjaan dan sumber pendapatan, rutin sosial harian, peranan institusi sosial, hubungan dan interaksi sosial serta kesihatan. Mangsa juga mengalami trauma kolektif dan trauma individu. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk sokongan sosial yang diterima mangsa daripada pihak pengurusan, iaitu sokongan emosi, instrumental dan maklumat. Hasil kajian juga mendapati mangsa mengambil inisiatif melakukan adaptasi sosial apabila persediaan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa sebelumnya didapati gagal menampung intensiti bencana banjir. Secara keseluruhan, boleh disimpulkan bahawa mangsa dan penduduk setempat mengalami pelbagai gangguan dalam tempoh mereka berhadapan dengan impak bencana banjir. Walau bagaimanapun, dengan adanya sokongan sosial daripada pihak pengurusan seperti jawatankuasa pengurusan bencana banjir, agensi tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan membantu mangsa mencapai semula kesejahteraan hidup. Keadaan ini ditambah lagi dengan adanya sikap daya tahan dan kesediaan mangsa untuk mengadaptasi keadaan sedia ada membolehkan mereka membina semula kehidupan selepas bencana banjir, mengembalikan semula kehidupan yang 'normal' dan 'stabil', iaitu kepada keadaan keseimbangan sosial yang baru. Kajian ini memberi sumbangan kepada ilmu bidang sosiologi persekitaran tentang pentingnya bencana banjir ditangani dengan baik. Hal ini kerana implikasi bencana tidak hanya dari aspek kemusnahan dan kerosakan fizikal, tetapi juga mengganggu aspek kemanusiaan.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Bencana alam | - |
dc.subject | Gangguan sosial | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Gangguan sosial, sokongan sosial dan adaptasi sosial mangsa bencana banjir 2014 di Hulu Dungun, Terengganu | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 301 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.