Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497844
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Rahim Kamaluddin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorLoy See Mey (P90572)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:12:50Z-
dc.date.available2023-10-13T08:12:50Z-
dc.date.issued2020-01-05
dc.identifier.otherukmvital:122423
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497844-
dc.descriptionPengalaman negatif zaman kanak-kanak seperti penderaan kanak-kanak merupakan faktor risiko yang signifikan bagi perkembangan masalah penyalahgunaan dadah sepanjang jangka hayat manusia. Walau bagaimanapun, pengaruh bagi bentuk penderaan yang berlainan termasuk penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual dan pengabaian terhadap pemboleh ubah yang berkaitan dengan rawatan dadah seperti motivasi menerima rawatan masih kurang jelas lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengisi kelompongan tersebut dengan mengenal pasti perhubungan di antara lima bentuk pengalaman negatif zaman kanak-kanak dan motivasi rawatan dalam kalangan penagih dadah. Selain itu, faktor pengantara yang berpotensi seperti pemaafan dan efikasi diri dalam perhubungan antara kedua-dua konstruk tersebut juga dikaji di dalam kajian ini. Seramai 360 orang penagih dadah lelaki (min umur = 33.34) yang dipilih dari Pusat Pemulihan Cure & Care melalui pensampelan rawak mudah telah melengkapkan borang soal selidik yang terdiri daripada Childhood Trauma Questionnaire Short Form (CTQ-SF), Heartland Forgiveness Scale (HFS), Circumstances, Motivation and Readiness Scale (CMR), dan General Self-efficacy Scale (GSE). Hasil analisis model persamaan struktural (SEM) menunjukkan bahawa konstruk pemaafan memainkan peranan sebagai pengantara di antara tiga bentuk pengalaman negatif (penderaan fizikal, penderaan emosional, dan pengabaian emosi) dengan motivasi rawatan. Sebaliknya pula, walaupun efikasi diri berkait secara positif dengan motivasi rawatan, tetapi konstruk ini tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan semua bentuk penderaan dan pengabaian kanak-kanak dalam model pengantara. Pada masa yang sama, ketiga-tiga bentuk pengalaman negatif tersebut juga berkait secara negatif dengan motivasi rawatan dalam model langsung tanpa kehadiran konstruk pengantara. Hasil kajian ini menunjukkan pengalaman negatif zaman kanak-kanak berperanan dalam mempengaruhi motivasi rawatan penagih sementara pemaafan merupakan faktor kritikal dalam memahami perhubungan di antara kedua-dua konstruk tersebut. Kesimpulannya, pemaafan merupakan elemen penting yang boleh dipertimbangkan oleh profesional kesihatan mental dalam membangunkan program rawatan yang berkesan kepada penagih yang melaporkan sejarah pengalaman negatif.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenagih dadah
dc.subjectRawatan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh pengalaman negatif zaman kanak-kanak, pemaafan dan efikasi diri terhadap motivasi rawatan dalam kalangan penagih dadah
dc.typeTheses
dc.format.pages389
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122423+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.