Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497842
Title: Perubatan tradisi Melayu dalam kitab Tib MS 174: Akidatul Islamiah Wa 'Umdatul Auladi
Authors: Siti Fatimah Abd Aziz (P62115)
Supervisor: Yusmilayati Yunos, Dr.
Keywords: Perubatan Melayu
Perubatan tradisional
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Dec-2020
Description: Kajian ini membincangkan manuskrip MS 174 yang mengandungi ilmu perubatan tradisional Melayu. Perubatan tradisional merupakan bidang ilmu yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Kewujudan manuskrip perubatan Melayu telah mencerminkan kearifan masyarakat Melayu dalam bidang ini. Tujuan kajian ini ialah untuk mentransliterasi Kitab Tib MS 174, mengenalpasi jenis penyakit, menjelaskan pelbagai jenis herba dan kaedah rawatan yang digunakan serta menganalisis kandungan teks Kitab Tib MS 174. Kajian ini menggunakan metod kualitatif iaitu melibatkan manuskrip MS 174 yang diperolehi dari Pusat Dokumentasi Melayu. Kaedah transliterasi teks dilakukan terhadap manuskrip ini. Kandungan dan perbicaraan manuskrip Kitab Tib MS 174 ditransliterasi (dirumikan) daripada teks asal mengikut kaedah filologi iaitu melibatkan penukaran atau pengalihan aksara daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi. Dalam proses ini juga, kejelasan teks akan ditambahbaik dengan memasukkan tanda bacaan seperti tanda koma, noktah, tanda soal, perenggan, pengikat kata dan sebagainya. Analisis terhadap isi teks dilakukan sebelum diklasifikasikan mengikut subjek dan topik tertentu. Dapatan kajian ini menunjukkan pelbagai jenis penyakit boleh diubati dengan menggunakan herba. Antara penyakit yang dinyatakan dalam teks ini ialah sakit kepala, sakit mata, resdung, kancing gigi, sakit gigi, sakit mulut, mulut busuk, mulut busuk akibat sakit gigi, batu karang, kencing tidak lawas, sakit bisa dan racun, miang dan demam. Kajian ini juga memperlihatkan kandungan manuskrip tersebut secara khusus dapat digunakan untuk memahami keupayaan dan kearifan orang Melayu menggunakan flora dan fauna sebagai bahan rawatan semasa proses rawatan penyakit tertentu. Bahan-bahan flora yang digunakan termasuklah akar, daun, buah, batang, biji dan air dari tumbuhan tertentu. Manakala bahan fauna yang digunakan ialah darah ayam, najis gajah, telur ayam dan ayam. Bahan lain yang digunakan pula terdiri daripada madu, cuka dan garam. Penelitian terhadap manuskrip Kitab Tib MS 174: Akidatul Islamiah Wa ��Umdatul Auladi ini dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan kepada bidang Tib Melayu. Selain itu, kajian ini juga dapat menyelongkar keistimewaan yang terkandung dalam herba yang menjadi bahan rawatan selain dapat mendokumentasikan isi kandungan teks agar menjadi sumber rujukan pada masa akan datang.,Ph.D
Pages: 328
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122419+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
203.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.