Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497839
Title: Ketidaktoleransian agama, kajian kes organisasi Kristian di Malaysia
Authors: Benny Thomas Vivian (P55252)
Supervisor: Sivapalan Sivadurai, Prof. Madya Dr.
Keywords: Toleransi
Kebebasan beragama
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Mar-2019
Description: Kesejahteraan dan kesepaduan sosial dalam masyarakat plural adalah disandarkan kepada sikap toleransi dalam kebebasan beragama yang diamalkan dalam sesebuah negara demokrasi. Malaysia menepati ciri-ciri negara yang terdiri daripada pelbagai agama yang besar seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu. Perangkaan Jabatan Statistik Negara 2010, melaporkan komuniti beragama Kristian di Malaysia adalah sebanyak 9.2 peratus. Idealnya di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3(1) dan Perkara 11, memperuntukkan agama Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain dapat mengamalkan agama mereka dengan bebas, aman dan damai tetapi bersyarat kepada klausa 11(4) iaitu orang bukan Muslim tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang beragama Islam. Namun begitu, tindakan-tindakan daripada pihak berkuasa seperti mengharamkan penggunaaan kalimah "Allah" dan merampas Bible dalam bahasa Melayu menyebabkan minoriti Kristian mendakwa berlakunya pengecutan ruang dalam mengamalkan agama mereka dengan bebas. Kajian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu pertamanya untuk meneliti bentuk-bentuk ketidaktoleransian agama dan keduanya ialah untuk menganalisis faktor penyumbang kepada ketidaktoleransian agama. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif. Data dikutip dan dianalisa menggunakan dua teknik pengumpulan data iaitu analisis kandungan pendekatan induktif dan analisis kandungan pendekatan deduktif. Data kajian ini dalam bentuk dokumen daripada kenyataan-kenyataan organisasi Kristian. Proses koding dilakukan untuk mengkategorikan bentuk-bentuk dan faktor penyumbang ketidaktoleransian. Koding data ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi Nvivo 11. Hasil kajian mendapati bentuk ketidaktoleransian agama yang dialami oleh minoriti Kristian boleh dibahagikan kepada bentuk bukan fizikal seperti larangan dan sekatan melalui enakmen agama bukan Islam. Manakala dalam bentuk fizikal seperti penahanan serta rampasan terhadap Bible dalam bahasa Melayu oleh pihak berkuasa. Faktor utama yang menyumbang kepada ketidaktoleransian agama ialah tindakan daripada institusi agama majoriti dan institusi kerajaan. Pengkaji menyimpulkan, walaupun berlaku ketidaktoleransian agama terhadap minoriti Kristian tetapi toleransi diperingkat masyarakat masih dalam keadaan yang baik. Implikasi kajian mencadangkan bahawa isu-isu yang melibatkan antara agama majoriti-minoriti memerlukan penyelesaian secara inklusif melalui dialog antara agama. Kajian ini membuka ruang kepada pengkaji lain di masa hadapan untuk membuat kajian perbandingan ketidaktoleransian agama dari perspektif kumpulan agama majoriti dan minoriti.,Ph.D
Pages: 440
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122416+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
253.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.