Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497820
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Fuad Mat Jali, YBhg. Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Nizar Sudin (P86196)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:11:20Z-
dc.date.available2023-10-13T08:11:20Z-
dc.date.issued2020-07-27
dc.identifier.otherukmvital:121479
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497820-
dc.descriptionPola pengundian dalam kalangan pengundi Melayu terhadap parti politik UMNO di negeri Kedah mula berubah sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), 2008. Ini kerana rata-rata pengundi Melayu tidak mengundi UMNO dan tidak lagi menyokong kepimpinannya walaupun telah berjasa kepada negara ini selama enam dekad yang lalu. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku pengundi dan pola pengundian dalam kalangan pengundi Melayu di negeri Kedah. Skop kajian ini berkaitan dengan tingkah laku pengundi dan pola pengundian dalam kalangan pengundi Melayu terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum di Kedah pada pra dan pasca PRU 2018. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif melalui soal selidik di lapangan terhadap 1,099 responden dan temu bual bersemuka dengan 100 orang informan serta kajian perpustakaan. Teori tingkah laku pengundian iaitu identifikasi parti, konsep pilihan rasional dan model sosiologikal dijadikan panduan dan dikaitkan dalam menghasilkan kajian ini. Dapatan kajian bagi menjawab objektif kajian pertama menunjukkan bahawa tingkah laku pengundi Melayu di negeri Kedah bercorak pendulum iaitu menghayun ke kiri dan berlaku hakisan sokongan terhadap UMNO. Trend ini mula berlaku dalam PRU-11 (2004), PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013). Kemuncak hayunan dan penolakan terhadap UMNO dimanifestasikan pada PRU-14 pada 2018. Pencapaian objektif kajian kedua menunjukkan bahawa pengundi Melayu menyatakan sokongan terhadap UMNO bukan sahaja dipengaruhi oleh aspek kepimpinan, kawasan, status ekonomi, latar belakang sosial sebaliknya wujud penilaian yang mengambil kira faktor calon dan dasar parti. Kajian pra PRU 2018 mendapati wujud beberapa faktor yang mendorong pengundi Melayu di Kedah untuk keluar mengundi antaranya ialah faktor parti, calon, kepimpinan, isu, prestasi kerajaan dan manifesto. Analisis kajian pasca PRU 2018 bagi menjawab objektif kajian ketiga mendapati bahawa sebahagian punca penolakan pengundi Melayu ke terhadap UMNO di Kedah berhubung kait dengan kesan isu nasional yang melibatkan imej terhadap pucuk kepimpinan parti dan isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peranan media sosial, sokongan pengundi muda yang tidak memihak kepada UMNO serta tindakan sabotaj daripada kalangan ahli parti sendiri. Perubahan tingkah laku pengundi Melayu dalam setiap PRU yang dikaji menunjukkan teori identifikasi parti dan pilihan rasional silih berganti sehingga wujudnya kecairan sokongan terhadap UMNO. Keunikan pengundi Melayu di negeri Kedah mengundi adalah berasaskan kepada kepelbagaian teori tingkah laku pengundian di samping bersikap emosional dalam sesuatu pilihan raya sehingga membentuk tingkah laku pengundian bersifat karekteristik unik.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalays (Asian people) -- Malaysia -- Political activity
dc.subjectPolitical parties -- Malaysia
dc.subjectElections -- Malaysia
dc.subjectMalaysia -- Politics and government
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTingkah laku dan faktor pengundian dalam kalangan pengundi Melayu terhadap UMNO pada Pilihan Raya Umum 2004 hingga 2018 di Negeri Kedah
dc.typeTheses
dc.format.pages466
dc.identifier.callnoJQ1062.A98M634 2020 tesis
dc.identifier.barcode004862(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121479+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.