Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497819
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr. | |
dc.contributor.author | Zabedah Mohammed (P78635) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:11:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:11:19Z | - |
dc.date.issued | 2020-07-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121475 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497819 | - |
dc.description | Kajian ini membicarakan citra wanita dalam peribahasa Melayu. Pembicaraan berkisar pada pelukisan wanita dan kewanitaan mengikut tanggapan masyarakat Melayu yang diungkapkan menerusi kaedah dan pola unik dalam memerihalkan wanita. Dalam memberikan gambaran ke atas pemerihalan ini maka karya sastera Melayu tradisional dirujuk khususnya genre sastera sejarah. Data kajian ini terdiri daripada 184 peribahasa yang dikumpulkan daripada tujuh sumber merentas zaman; Malay Proverbs, Kitab Kiliran Budi, Kitab Tikaman Bahasa, Perian Bahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Ensiklopedia Peribahasa, dan Peribahasa Melayu Penelitian Makna dan Maksud. Berteraskan pendekatan gender, suatu Model CINTA dibina untuk dijadikan sandaran bagi menganalisis dan mendeskripsikan kaedah dan pola pencitraan wanita dalam khazanah lisan Melayu ini. Dapatan kajian memperlihatkan wanita dalam peribahasa dipolakan kepada fitur dan fiil; status dan strata serta kuasa dan kemelut. Menerusi pola ini pencitraan wanita cenderung dijelmakan secara kiasan yang terselindung di sebalik pelbagai motif. Motif baik dan buruk diasosiasi dengan pelbagai makna eksplisit dan implisit bagi mencitrakan wanita sama ada secara positif, negatif, dan neutral. Pemuliaan gender terlihat menerusi kata-kata berbentuk pujian yang lebih banyak diungkapkan bagi mencitrakan kecantikan paras rupa dan kemampuan wanita dalam mempamerkan kesempurnaan tanggungjawab. Wanita dikecam hina atas kegagalan mempamerkan fiil dan perbuatan yang bertentangan dengan norma masyarakat. Wanita lebih kerap dipertalikan dengan motif benda dan tumbuh-tumbuhan. Motif bunga kerap dipadankan terutamanya buat anak dara. Benda kotor dan najis turut ditautkan dengan wanita namun motif tersebut sesuai dengan makna implisit. Pencitraan negatif merendahkan darjat wanita. Aib mereka dicanang dan maruah diri diseloroh. Dalam kerencaman puji dan kecam ini ketajaman akal dan kebitaraan pemikiran orang Melayu tergambar atas kebijaksanaannya penggunaan motif yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu maksud. Mereka cermat memilih diksi yang sepadan dengan motif bagi mengelakkan ketaksaan apabila sesuatu ungkapan ditafsirkan. Pengungkapan perihal wanita yang pelbagai dalam peribahasa membuktikan bahawa wanita tidak pernah dipinggirkan oleh masyarakat Melayu malahan ditatang.Sesungguhnya, dalam penatangan inilah terserlahnya sumbang peribahasa Melayu dengan yang gaya unik sedemikian rupa berfungsi sebagai alat kawalan sosial bagi memastikan wanita Melayu memiliki ciri kewanitaan ideal dan unggul mengikut acuan budaya bangsa.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Proverbs | |
dc.subject | Malay | |
dc.subject | Women | |
dc.subject | Malay -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Citra wanita dalam peribahasa Melayu | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 366 | |
dc.identifier.callno | PL5138.Z333 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004861(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121475+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.