Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497811
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Amizah Wan Mahmud, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoor Aziah Abdullah (P74419)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:11:05Z-
dc.date.available2023-10-13T08:11:05Z-
dc.date.issued2017-02-01
dc.identifier.otherukmvital:121053
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497811-
dc.descriptionFenomena filem cetak rompak dan filem tidak bertapis di negara ini sehingga kini masih berlaku sungguhpun pelbagai peraturan dan perundangan yang relevan sudah digubal. Malah penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan turut tidak berupaya mengekang fenomena ini dari terus berleluasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan memfokuskan kepada empat objektif; pertama, mengenal pasti kewujudan fenomena filem cetak rompak dan filem tidak bertapis; kedua, mengesan dasar penguatkuasaan dalam pembanterasan filem cetak rompak dan filem tidak bertapis; ketiga, mengkonstruksi model sistem media McQuail berdasarkan fenomena filem cetak rompak dan filem tidak bertapis di Malaysia; keempat, mengesyorkan saranan pemantapan penguatkuasaan. Kerangka teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Normatif Media yang dipelopori oleh McQuail. Dalam usaha memperoleh dapatan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan iaitu gabungan analisis dokumen, pemerhatian, dan temu bual mendalam bersama informan yang terlibat secara langsung dalam industri media filem negara ini. Isu hak cipta yang dihadapi oleh pengedar filem merupakan faktor utama yang membawa kepada kewujudan fenomena filem cetak rompak dan filem tidak bertapis di samping faktor luaran seperti perkembangan teknologi. Di samping itu, penemuan kajian turut mendapati bahawa faktor pendorong pembelian filem cetak rompak dan filem tidak bertapis di negara ini adalah disebabkan oleh faktor kesedaran yang rendah di kalangan masyarakat terhadap kepentingan menghormati harta intelek dan hasil karya orang lain yang membawa kepada pembentukan sikap masyarakat negara ini yang kurang mementingkan ketulenan sesuatu produk dalam pertimbangan keputusan pembelian barangan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila penawaran filem cetak rompak dan filem tidak bertapis ini sentiasa ada di mana-mana sahaja dengan harga yang rendah berbanding filem tulen. Melalui pengesanan dasar penguatkuasaan, ternyata bahawa tatacara penguatkuasaan yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua kementerian yang terlibat dalam pembanterasan fenomena filem cetak rompak dan filem tidak bertapis masih dibuat secara konvensional serta tidak selari dengan perkembangan teknologi. Hasil kajian turut mendapati bahawa Model Sistem Media Autokratik yang diamalkan oleh Malaysia sebelum ini tidak lagi relevan dengan perubahan perkembangan teknologi, isu hak cipta dan kesedaran yang rendah di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, model Alternatif-Autokratik-Tanggungjawab Sosial yang telah dikonstruk berdasarkan model sistem media McQuail adalah signifikan kepada senario sistem media di Malaysia kini.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectCopyright -- Motion pictures -- Malaysia
dc.subjectPiracy (Copyright) -- Malaysia
dc.subjectMotion pictures -- Malaysia
dc.titlePenguatkuasaan filem cetak rompak dan filem tidak bertapis di Malaysia berdasarkan sistem media McQuail
dc.typeTheses
dc.format.pages404
dc.identifier.callnoKM380.N644 2017 tesis
dc.identifier.barcode003073 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121053+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.