Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497808
Title: Pejuang kemanusian : satu wacana tentang ketekalan tema kemanusian dalam puisi-puisi Usman Awang
Authors: Azman Rahmat (P56182)
Supervisor: Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Nationalists
Malay literature -- 20th century -- History and criticism
Issue Date: 29-Aug-2016
Description: Kajian ini membicarakan puisi Sasterawan Negara Ketiga Usman Awang. Pembicaraan puisi ini berkisar terhadap tema kemanusiaan sepanjang pengabdian Usman dalam dunia kepenyairan sajak tanah air bagi melihat ketekalan penciptaan tema tersebut. Data kajian ini melibatkan kesemua sajak ciptaan Usman yang dicipta sepanjang hayatnya yang diterbitkan sebagai Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987); Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987) dan termasuk juga puisi eceran (tidak pernah diterbit dalam sebarang antologi). Bagi menganalisis ketekalan tema kemanusiaan ini maka pendekatan sejarah diaplikasikan. Selain itu, suatu Model Kemanusiaan Melayu-Islam dibina bagi meneliti elemen-elemen kemanusiaan yang terpancar dalam puisi-puisi Usman. Pembinaan model ini berteraskan peribadi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang antara lainnya dapat dikategorikan dalam lima teras utama iaitu Teras Berlaku Adil dalam Setiap Tindakan (BADST); Teras Mempunyai Jiwa yang Bersyukur (MJYB); Teras Keluhuran Budi dan Amal Diutamakan (KBDAD); Teras Kasih Sayang adalah Fitrah (KSAF); dan Teras Berkeprihatinan dan Cakna (B&C). Dapatan kajian membuktikan bahawa Usman Awang sememangnya seorang Pejuang Kemanusiaan. Dalam setiap puisi ciptaan beliau tema kemanusiaan diangkat ketika merakamkan peristiwa penting sejarah tanah air selain turut juga menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat. Dalam memperjuangkan tema kemanusiaan, Usman menyemai nilai-nilai murni kemanusiaan baik keadilan, kesamaan, amanah, redha, kasih sayang, persefahaman mahupun persaudaraan sesama insan bagi memanusiakan manusia. Bermula di Muar pada tahun 1948 lalu ke Melaka dan seterusnya ke Singapura, Usman secara tekal membangkitkan tahap sedar masyarakat akan keinginan untuk bebas daripada cengkaman penjajah pada ketika semangat nasionalisme berada di kemuncaknya. Ketekalan ini dilanjutkan beliau apabila berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura sehinggalah ke akhir hayatnya pada 2001. Pada era pascamerdeka, antara tahun 1958-1970 ketika berada di Kuala Lumpur, Usman menyentuh dalam puisinya tentang nilai keadilan, kesamarataan, patriotisme, toleransi, perpaduan dan persefahaman sebagai pengisian kepada kemerdekaan selain menangani peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Pesanan kemanusiaan itu dilanjutkan Usman dengan merentasi sempadan benua, bangsa dan negara terutamanya pada era 1971-2001 dengan menyentuh nilai berilmu, sederhana, amanah, bercakap benar dan berakhlak mulia. Sesungguhnya, Usman Awang adalah pejuang kemanusian yang dipancarkan menerusi sajak-sajaknya hingga ke akhir hayatnya. Ketekalan beliau menjalin isu kemanusiaan dalam menyerlahkan nilai-nilai murni berfungsi sebagai indikator dalam memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang berkekalan.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D
Pages: 385
Call Number: PL5186.U8Z653 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120943+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.