Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497807
Title: Pembangunan sempadan dan keselamatan insan: kajian kes Keselamatan komuniti di Sempadan Paloh sajingan Kalimantan Barat Indonesia (1997-2009)
Authors: Ema Rahmaniah (P41797)
Supervisor: Mohammad Rizal Mohammad Yaakop, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation
Dissertations, Academic -- Malaysia
Borderlands -- Indonesia
Human security -- Indonesia
Indonesia -- Boundaries
Issue Date: 18-Sep-2012
Description: Tesis ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan pembangunan di sempadan Paloh dan Sajingan dari tahun 1997 hingga 2009 dengan memberi penekanan kepada penyertaan komuniti dalam pembangunan sempadan yang memberikan implikasi terhadap kehidupan sosioekonomi dan sosiopolitik komuniti. Tesis ini turut menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya keselamatan komuniti. Kajian ini menggunakan pendekatan keselamatan komuniti yang menekankan aspek pencegahan berulangnya kembali ancaman terhadap pemerkasaan dengan memfokuskan kepada 3 aspek penting iaitu pemerkasaan dalam pendidikan, perkhidmatan dan perlindungan. Dengan menggunakan kerangka konseptual tersebut tesis ini memenuhi keselamatan komuniti yang memerlukan kerjasama yang berkesinambungan antara pemerintah, pasaran dan komuniti dengan terbinanya negara kuat yang memiliki autonomi, birokrasi yang cekap, konsientisasi dan penyertaan komuniti, kesinambungan campurtangan pemerintah yang mesra pasar dan komuniti, tindakan afirmatif serta penerapan wawasan kebangsaan. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana unit analisis kajian ialah komuniti sempadan dan pemerintah daerah. Kaedah kajian ini menggunakan pemerhatian umum dan terfokus serta temubual mendalam. Kajian ini menghasilkan tiga dapatan utama. Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa pelaksanaan pembangunan sempadan PALSA belum memberikan kesan terhadap kesejahteraan komuniti tempatan yang ditandai adanya ancaman langsung seperti perdagangan yang tidak terkawal dan kerosakan hutan serta ancaman tidak langsung seperti pembangunan yang ketinggalan dari aspek infrastruktur, pendidikan dan kesihatan. Dapatan kajian kedua menunjukkan komuniti sempadan melalui penyertaan komuniti yang partisipatif dan berdikari dari awal perancangan hingga ke tahap pelaksanaan pembangunan telah mempengaruhi pembangunan ekonomi seperti rancangan pembukaan border gate Aruk, pemerkasaan wanita dan pelestarian hutan meskipun penyertaan tersebut masih ada kekangannya. Dapatan kajian ketiga pula mendapati bahawa pemerintah daerah memiliki kebebasan dalam merumuskan keputusan dan bertindak seperti melakukan kerjasama regional dengan pihak berkuasa pemerintah Batam sebagai asas terbentuknya kerjasama sosioekonomi antara Malaysia Indonesia (SOSEK MALINDO). Sebagai kesimpulan, keselamatan komuniti yang mencakup penyertaan, pemerkasaan dan kebebasan komuniti telah berjaya mempengaruhi dasar pembangunan sempadan PALSA walaupun ada kekangannya,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 295
Call Number: DS615.E465 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120893+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.