Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497806
Title: Kesan interaksi kepuasan kerja dan komitmen organisasi, ke atas hubungan sensitiviti keseimbangan dengan keputusan pindah kerja
Authors: Laila Meiliyandrie Indah Wardani (P39701)
Supervisor: Arifin Hj. Zainal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Job satisfaction
Organizational commitment---Malaysia
Labor turnover
Issue Date: 1-May-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan interaksi kepuasan kerja, komitment organisasi dan faktor demografi sebagai mediating variabel ke atas hubungan sensitiviti keseimbangan dan pengambilan keputusan pindah kerja di kalangan pekerja pakar expatriate syarikat minyak. Kajian ini melibatkan 184 orang pekerja pakar expatriate Indonesia di syarikat minyak Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah tinjauan dan pengumpulan data dibuat menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi soal selidik Equity Sensitivity Instrument (ESI), soal selidik Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ), soal selidik Organizational Commitment Questionnaire (OCQ), soal selidik Turnover Intention Questionnaire (TIQ) yang direka oleh Shore dan Martin (1989) dan soalan maklumat diri. Kajian ini menggunakan analisis anova satu hala, anova dua hala dan analisis Regresi mudah, dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Hasil kajian analisis anova satu hala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja di antara benevolent dengan entitled, serta benevolent dengan equity sensitive; terdapat perbezaan tahap komitmen organisasi di antara benevolent dengan entitled, serta entiteld dengan equity sensitive; terdapat perbezaan tahap faktor demografi (umur, tempoh perkhidmatan, pendidikan dan gaji) mengikut sensitiviti keseimbangan, dan terdapat perbezaan tahap pengambilan keputusan pindah kerja di antara benevolent dengan entitled. Berdasar hasil kajian analisis anova dua hala menunjukkan terdapat kesan interaksi kepuasan kerja, komitmen organisasi, dan tiga faktor demografi (umur, tempoh perkhidmatan dan gaji) ke atas hubungan sensitiviti keseimbangan dengan keputusan pindah kerja di kalangan pekerja pakar expatriate syarikat minyak. Kesimpulan daripada hasil kajian ini adalah bahawa terdapat kesan interaksi kepuasan kerja, komitment organisasi, umur, tempoh perkhidmatan dan gaji sebagai mediating, ke atas hubungan di antara sensitiviti keseimbangan dengan pengambilan keputusan pindah kerja di kalangan pekerja pakar expatriate syarikat minyak.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 237
Call Number: HF5549.5.J63L335 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120839+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.