Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497804
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suffian Mansor, Dr. | - |
dc.contributor.author | Habid's Buhigiba Mohamad Bustamam (P88556) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:10:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:10:56Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120810 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497804 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu Limbang dalam hubungan Malaysia dan Brunei antara tahun 1884-1984. Tindakan Charles Brooke merampas Daerah Limbang pada 17 Mac 1890 telah menimbulkan isu yang berpanjangan antara Kerajaan Brunei, Sarawak, dan Britain. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 isu Limbang sekali lagi menimbulkan ketegangan antara Brunei dan Malaysia dan ianya berkembang kepada beberapa isu lain yang berkaitan. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menjelaskan kepentingan Daerah Limbang dan impaknya ke atas pembentukan Malaysia. Selain itu kajian ini juga untuk mengenalpasti sebab dan kesan pengambilannya daripada Brunei, menganalisis langkah dan tindakan, dan usaha pemulihan hubungan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu Limbang. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah yang memberikan tumpuan terhadap sumber primer seperti fail Colonial Office, Foreign Office, Foreign Commonwealth Office, dan High Commissioner Office. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Limbang sangat penting kepada Brunei disebabkan hubungan budaya, politik, ekonomi dan geografi. Justeru itu kegagalan mengambil semula Limbang menjadi pencetus kepada ketegangan hubungan antara Malaysia dan Brunei apabila timbulnya masalah penetapan garisan sempadan, isu penduduk di sempadan, dan masalah keselamatan ekoran pembentukan semula Parti Rakyat Brunei di Malaysia. Peralihan kepemimpinan Tun Razak kepada Hussein Onn telah berjaya meredakan ketegangan di samping turut dibantu oleh ikatan yang rapat antara kerabat Diraja Malaysia dan Brunei. Kemerdekaan Brunei pada tahun 1984 yang mendapat sokongan penuh Malaysia telah dapat menyelesaikan isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh Brunei akan tetapi membiarkan isu Limbang tanpa penyelesaian. Dapatan kajian mendapati isu Limbang memainkan peranan yang penting dalam mempastikan kestabilan hubungan Malaysia dan Brunei.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Malaysia -- Foreign relations -- Indonesia | - |
dc.subject | Indonesia -- Foreign relations -- Malaysia | - |
dc.subject | Brunei -- History | - |
dc.subject | Limbang (Sarawak) -- History | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Isu Limbang dalam hubungan Malaysia-Brunei: 1884-1984 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 451 | - |
dc.identifier.callno | DS597.H298 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004771(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120810+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 826.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.