Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497800
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNordin Hussin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMd Akbal Abdullah (P33268)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:51Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:51Z-
dc.date.issued2012-05-05
dc.identifier.otherukmvital:120769
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497800-
dc.descriptionPenyelidikan ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah pentadbiran dan perkembangan pembangunan tanah di negeri Johor dari tahun 1900 hingga 1970. Kajian ini telah meneliti tiga perkara asas yang didapati menjadi teras pembangunan tanah yang dikaji. Pertamanya ialah penelitian tentang keadaan pentadbiran tanah dan pendokumentasian geran tanah sebelum 1910, selepas pewartaan Undang-undang Tanah 1910 dan selepas merdeka. Kedua ialah pentadbiran dan pembangunan tanah penempatan dan ketiga pembangunan tanah pertanian yang dimulai dari tahun yang sama. Kajian ini tidak menumpukan kepada hasil pengeluaran dan perkembangan sosio ekonomi dan politik negeri Johor. Sebaliknya kajian menumpukan kepada analisis data penggunaan tanah dengan menggunakan butiran data aktiviti penempatan dan pertanian. Kaedah penyelidikan ilmu sejarah di dalam kajian ini terdedah kepada penggunaan angka-angka yang diambil dari dokumen-dokumen arkib sebagai sandaran hujah dan tafsirannya. Analisis dan tafsiran sejarah di dalam kajian ini banyak berpandukan data perangkaan permohonan tanah, jenis-jenis tanaman, jumlah dan petempatan penduduk yang dipersembahkan semula di dalam bentuk peta, jadual, rajah dan pelbagai graf. Hasil kajian mendapati perkembangan pentadbiran tanah di negeri Johor sudah beroperasi selewat-lewatnya 60 tahun sebelum pewartaan Undang-undang Tanah 1910 dengan memperkenal enam bentuk dokumentasi tanah yang digunakan sebagai kaedah pengurusan tanah. Kajian ini juga mendapati Undang-undang Tanah 1910 menjadi pemisah kepada sistem tanah tradisi dengan sistem tanah moden. Dalam semua tinjauan dokumen, Undang-undang Tanah 1910 menjadi sebab sistem tanah dan pembangunan negeri Johor terbuka dan lebih pesat berkembang. Kemerdekaan Malaysia dari British didapati boleh menyumbang kepada kekuatan Orang Melayu memiliki tanah di negeri Johor, tetapi segala-galanya seolah-olah ditentukan apabila pembangunan tanah masih terikat dengan apa yang mereka warisi sebelum merdeka. Kajian ini juga mendapati Orang Melayu kurang berjaya memanfaatkan diri dari dasar kelonggaran sistem pemilikan tanah, sebaliknya amat bergantung kepada dasar kerajaan. Akhirnya kajian juga dapat mengenal pasti beberapa isu tanah, pentadbiran dan pembangunan yang boleh dijalankan penyelidikan selanjutnya bagi terus membongkar sejarah pentadbiran dan pembangunan negeri Johor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectLand use -- Malaysia -- Johor -- History
dc.subjectLand use -- Government policy -- Malaysia -- Johor -- History
dc.subjectLand settlement -- Malaysia -- Johor -- History
dc.subjectCities and towns -- Malaysia -- Johor -- Growth -- History
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleSejarah pentadbiran dan pembangunan tanah di negeri Johor dari 1900 hingga 1970
dc.typeTheses
dc.format.pages353
dc.identifier.callnoHD890.6.M394 2012 tesis
dc.identifier.barcode002707 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120769+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.