Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497798
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Asmawati Desa, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Norhayati Ibrahim (P48868) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:10:49Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:10:49Z | - |
dc.date.issued | 2012-04-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120739 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497798 | - |
dc.description | Dalam era globalisasi memperlihatkan berlakunya peningkatan pandemik dalam bilangan pesakit yang mengalami penyakit kronik termasuklah penyakit buah pinggang tahap akhir (BPTA). Keadaan ini telah membawa kepada pengkajian tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti hidup mereka. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh persepsi terhadap penyakit, kemurungan, sokongan sosial dan peranan strategi daya tindak agama sebagai pengantara terhadap kualiti hidup kesihatan (KHK) yang merangkumi ringkasan komponen fizikal (RKF) dan ringkasan komponen mental (RKM) pesakit BPTA. Kajian ini berbentuk keratan rentas, melibatkan penggunaan soal selidik dan ditadbir secara temu bual bersemuka ke atas 274 orang pesakit BPTA. Soal selidik yang digunakan ialah Short- form 36 (SF-36, Illness Perception Questionnaire - Revised (IPQ-R), Beck Depression 11 (BDI 11), Provision and Social Relation (PSR) dan Strategi Daya Tindak Agama (SDTA). Data dianalisis menggunakan ujian multivariat, korelasi Pearson, regresi mudah dan regresi pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan KHK bagi RKF dan RKM mengikut umur dan status pekerjaan, perbezaan RKF mengikut jantina dan tempoh rawatan serta perbezaan RKM mengikut etnik. Terdapat hubungan di antara komponen persepsi terhadap penyakit, kemurungan dan sokongan sosial dengan SDTA dan KHK (RKF dan RKM). Tiga komponen persepsi terhadap penyakit (kawalan personal, faham penyakit dan had masa) serta pemboleh ubah sokongan sosial menjadi peramal kepada SDTA. Manakala empat komponen persepsi terhadap penyakit (kitaran, had masa, identiti dan faham penyakit), kemurungan dan sokongan sosial menjadi peramal kepada RKF dan RKM. Sementara itu SDTA menjadi pengantara penuh ke atas hubungan di antara kawalan personal dengan RKM dan pengantara separa di antara beberapa komponen persepsi terhadap penyakit (had masa, faham penyakit, kawalan personal, kesan penyakit dan kitaran), kemurungan dan sokongan sosial dengan RKF dan RKM. Dapatan kajian ini seharusnya diambil kira dalam membentuk program-program intervensi untuk meningkatkan kualiti hidup kesihatan pesakit BPTA,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Psychological manifestations of general diseases | - |
dc.subject | Sick-Psychology | - |
dc.title | Faktor-faktor psikologikal sebagai peramal kepada kualiti hidup kesihatan pesakit buah pinggang tahap akhir | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 290 | - |
dc.identifier.callno | R726.5.N646 | - |
dc.identifier.barcode | 002878 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120739+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.