Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497797
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkifley Bin Hamid, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorida Berhan (P35848)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:48Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:48Z-
dc.date.issued2012-10-15-
dc.identifier.otherukmvital:120738-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497797-
dc.descriptionKejayaan ahli politik dan pendakwah dalam menyampaikan ceramah bergantung pada ilmu retorik yang mereka kuasai. Kajian ini bertujuan meneliti retorik gaya bahasa dalam ceramah agama dan politik. Tiga retorik gaya telah dikaji iaitu retorik gaya skema, gaya trope dan gaya Insya Talabiy. Kajian ini menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data kajian dipetik daripada empat teks ceramah agama dan politik Di samping itu, satu set soal selidik juga diedarkan kepada enam puluh orang responden yang dipilih secara persampelan bertujuan. Dapatan analisis kualitatif menunjukkan bahawa dalam retorik gaya skema seimbang, gaya paralelisme didapati lebih banyak penggunaannya berbanding gaya antitesis dan isokolon. Dalam retorik gaya skema hiperbaton pula, gaya aposisi menunjukkan penggunaan yang dominan berbanding gaya anastrop dan parentesis. Untuk retorik gaya skema pengguguran, gaya asindeton lebih banyak penggunaannya berbanding elipsis. Seterusnya bagi skema pengulangan, gaya anafora, anadiplosis dan aliterasi didapati lebih tinggi penggunaannya berbanding lapan yang lain. Retorik gaya trope pula, gaya metonimi, hiperbola dan soalan retorik lebih menyerlah penggunaannya berbanding empat belas yang lain. Bagi retorik gaya Insya Talabiy, gaya suruhan dan pertanyaan lebih banyak penggunaannya berbanding tiga yang lain. Dapatan perbandingan retorik gaya menunjukkan retorik gaya skema seimbang, gaya skema hiperbaton dan gaya skema pengulangan lebih dominan penggunaannya dalam ceramah agama berbanding ceramah politik. Sebaliknya bagi skema pengguguran penggunaannya lebih banyak dalam ceramah politik. Bagi retorik gaya trope dan gaya Insya Talabiy juga menunjukkan penggunaannya dalam ceramah agama lebih banyak berbanding ceramah politik. Analisis kuantitatif, menunjukkan retorik gaya skema seimbang, gaya skema hiperbaton, gaya skema pengguguran, gaya skema pengulangan, gaya trope dan gaya Insya Talabiy mempunyai hubungan yang signifikan dengan ceramah agama. Hubungan yang sama juga ditunjukkan terhadap ceramah politik kecuali retorik gaya skema pengguguran. Dapatan juga menunjukkan retorik gaya skema dan trope serta Insya Talabiy mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan ceramah kepada pendengar,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectRhetoric-
dc.subjectOratory-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleRetorik ceramah :-satu analisis retorik gaya bahasa-
dc.typeTheses-
dc.format.pages282-
dc.identifier.callnoP301.N647-
dc.identifier.barcode002879 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120738+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.