Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497783
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Karim Harun, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Marzalina Mansor (P57472) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:10:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:10:29Z | - |
dc.date.issued | 2020-07-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120664 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497783 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu dengan memberi tumpuan pada peringkat holofrasa dan telegrafik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana proses pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu pada peringkat holofrasa dan telegrafik berlaku. Subjek kajian ini terdiri daripada tiga orang subjek kajian, iaitu seorang kanak-kanak Melayu lelaki yang berusia 18 bulan, dan dua orang kanak-kanak Melayu perempuan yang berusia 21 dan 25 bulan. Kajian ini menggunakan kaedah longitudinal study, iaitu mengumpulkan data kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang. Data kajian ini diperoleh dalam jangka masa 12 bulan melalui teknik pemerhatian ikut serta, temu bual, dan rakaman audio serta video. Data yang diperoleh dihuraikan berdasarkan kepada kerangka Teori Berasaskan Pengunaan atau Usage Based Theory (Tomasello 2003). Mengikut teori ini pemerolehan bahasa berlaku berdasarkan pematangan kognitif dan pengalaman kanak-kanak bukan disebabkan oleh nahu sejagat. Kanak-kanak memperoleh bahasa mereka bergantung kepada kemahiran kognitif, iaitu memahami ujaran (dimensi fungsian) dan kemahiran mencari pola (dimensi tatabahasa). Aspek memahami ujaran ialah melibatkan kerangka tumpuan bersama, memahami tujuan komunikatif dan peniruan keterbalikan peranan. Sementara aspek kemahiran mencari pola pula melibatkan penelitian terhadap gabungan kata, skema pivot, dan pembinaan berasaskan butiran kata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berusia 18 bulan masih berada pada peringkat holofrasa. Pemerolehan pada peringkat ini melibatkan ujaran satu suku kata belakang sahaja. Pemerolehan bahasa pada peringkat holofrasa adalah berdasarkan joint attentional frame. Kanak-kanak menggunakan ujaran yang diperoleh untuk menimbulkan hubungan sosial dengan ibu, bapa dan saudara mara yang berada di sekeliling mereka. Ujaran yang diperoleh oleh kanak-kanak ialah seperti meminta melakukan sesuatu, menolak, memberitahu, bertanya semula dan memberi jawapan. Pemerolehan satu kata ini juga melibatkan bentuk kata yang bersifat kata nama am, kata nama khas, kata perbuatan, dan kata sifat. Pemerolehan bahasa pada peringkat telegrafik pula, berlaku pada sekitar umur 21 bulan. Kanak-kanak berupaya membentuk perkataan dengan gabungan kata dan skema pivot. Dapatan kajian pada peringkat holofrasa dan telegrafik ini memberi maklumat mendalam tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu khususnya tentang pemerolehan kata awal dalam bahasa Melayu.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Children -- Language | |
dc.subject | Sociolinguistics | |
dc.subject | Malay language | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pemerolehan bahasa pada peringkat holofrasa dan telegrafik oleh kanak-kanak Melayu | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 251 | |
dc.identifier.callno | LB1139.L3M347 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004777(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120664+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 2.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.