Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497780
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorEngku Mardiah Engku Kamarudin (P78448)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:25Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:25Z-
dc.date.issued2020-10-06
dc.identifier.otherukmvital:120661
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497780-
dc.descriptionKesediaan penagih dadah untuk pulih adalah penting dalam menentukan kejayaan sesebuah rawatan pemulihan. Kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri merupakan asas kepada kesediaan yang perlu diterapkan kepada diri penagih dadah ketika dalam rawatan. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menguji kesan Modul Psiko-pendidikan Individu Berasaskan Integrasi Teori Kesedaran dan Keazaman Kendiri (i-SEAZ) berdasarkan Model Sidek. Modul ini bertujuan meningkatkan konstruk kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri. Keesahan, kebolehpercayaan dan kebolehlaksanaan modul telah diuji. Kajian ini menggunakan rekabentuk ekperimen sebenar terhadap 75 orang pesakit dengan kumpulan kawalan seramai 37 orang dan kumpulan eksperimen seramai 38 orang. Persampelan secara rawak berpasangan dilakukan ke atas lima buah Klinik Methadone di sekitar Lembah Klang. Ujian pra dan pasca telah ditadbir untuk menentukan keberkesanan modul melalui tiga soal selidik iaitu Scale for Self-Consciousness Assessment (SSCA), Treatment Motivation Questionnaire (TMQ) dan General Self Efficacy (GSE). Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ANKOVA pada aras signifikan 0.05. Dapatan analisis ANKOVA mendapati secara keseluruhan terdapat perbezaan yang signifikan pada skor ujian pasca selepas rawatan apabila berlakunya peningkatan kepada konstruk kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri kumpulan eksperimen. Walau bagaimana pun, analisis ANKOVA terhadap empat sub konstruk dalam kesedaran kendiri iaitu penampilan, padanan sosial, reflektif dan pengetahuan kendiri tidak menunjukkan perbezaan yang siginifikan. Bagi sub konstruk keazaman kendiri, hanya motivasi luaran yang menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding sub konstruk motivasi dalaman, keyakinan terhadap rawatan dan mendapatkan bantuan. Berdasarkan dapatan kajian ini, Modul i-SEAZ membantu meningkatkan kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri pesakit dalam rawatan penagihan dadah. Implikasi dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada Pegawai Psikologi atau Kaunselor di klinik penagihan, institusi rawatan dan komuniti menggunakan modul i-SEAZ untuk meningkatkan kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri dalam kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan pemulihan dadah.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectDrug addiction -- Treatment
dc.subjectDrug abuse -- Treatment
dc.subjectMethadone maintenance
dc.subjectDrug addicts -- Services for
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembinaan dan kesan modul i-SEAZ terhadap kesedaran kendiri, keazaman kendiri dan efikasi kendiri dalam kalangan pesakit di Klinik Methadone
dc.typeTheses
dc.format.pages373
dc.identifier.callnoRC566.E564 2020 tesis
dc.identifier.barcode004774(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120661+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.