Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497777
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fauziah Ahmad, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Faizul Nizar Anuar (P77363) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T08:10:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T08:10:21Z | - |
dc.date.issued | 2020-10-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120640 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497777 | - |
dc.description | Perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini telah membawa perubahan kepada manusia untuk berkomunikasi dan memperolehi maklumat. Kebergantungan terhadap sesebuah media jelas kelihatan ketika berlakunya krisis ataupun tragedi dalam sesebuah negara. Kebergantungan tersebut secara tidak langsung mampu memberikan gambaran terhadap isu semasa yang sedang berlaku. Fokus kajian ini ialah mengenai konstruksi makna meme dalam kalangan belia Islam di Malaysia. Perkongsian meme di media sosial dilihat mampu mencipta makna tertentu terhadap individu yang membacanya. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti isu yang ditularkan menggunakan meme, mengkaji proses pembinaan makna meme dan melihat makna yang terbina setelah belia membaca meme. Sebanyak dua kaedah kualitatif telah digunakan untuk meneroka maklumat dalam kajian ini, iaitu analisis kandungan dan temubual kumpulan fokus. Analisis kandungan tersebut telah dilakukan terhadap 15 sampel meme daripada akaun Facebook milik Si Rashid dan 15 sampel memedaripada Gags Malaysia. Kesemua sampel meme tersebut merupakan lima meme yang telah mendapat jumlah likes tertinggi bagi bulan Mei 2018 seingga Julai 2018.Manakala kaedah temubual kumpulan fokus telah di lakukan di tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang terpilih iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia,Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya. Mahasiswa dalam jurusan Pengajian Media dan Komunikasi dipilih secara sampel bertujuan untuk kajian ini. Sebanyak 6 kumpulan temu bual telah dijalankan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 peserta. Jumlah keseluruhan informan dalam kajian ini adalah sebanyak 29 orang sahaja. Teori yang digunakan sebagai kerangka anatikal ialah Teori Pergantungan Sistem Media oleh Ball-Rokeach dan DeFleur. Hasil kajian mendapati antara isu yang ditularkan dalam tempoh 1 Mei 2018 sehingga 31 Julai 2018 adalah isu Pilihan Raya Umum ke-14, isu sukan iaitu World Cup 2018 dan isu Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018. Selain itu, bagi proses pembentukan makna pula, antara proses yang berjaya dikenal pasti adalah meneliti kesahihan sumber maklumat meme, berbincang dengan rakan, merujuk pengalaman peribadi, agama dan budaya serta serta mengaitkan dengan isu semasa yang berlaku. Hasil bagi makna yang terbina pula adalah seperti berkongsi meme, mengklik butang Unlike, tidak mengedahkan maklumat meme (Ignore), memberi komen, hanya membaca komen dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Internet and youth | |
dc.subject | Muslim youth | |
dc.subject | Online social networks | |
dc.subject | Youth -- Social life and customs -- 21 st century | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Konstruksi makna meme dalam kalangan belia Islam di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 222 | |
dc.identifier.callno | HQ799.9.I58F335 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004716(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120640+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.