Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497773
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Rizal Yaakop, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorman Suratman (P49247)-
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:17Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:17Z-
dc.date.issued2012-09-18-
dc.identifier.otherukmvital:120508-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497773-
dc.descriptionTesis ini bertujuan meneroka sejauh mana andaian Samuel P. Huntington bahawa pergolakan politik pasca era Perang Dingin telah disebabkan oleh ‘pertembungan peradaban’ antara Islam dengan Barat atau ia satu bentuk penjajahan baharu (neo-kolonialisme). Kajian ini menggunakan metod kualitatif khususnya kajian perpustakaan untuk mengumpulkan data prima dan sekunder. Dalam analisisnya Huntington mendakwa kononnya ketidaksesuaian dan perbezaan antara dua tamadun besar ini menyebabkan pertembungan yang tidak dapat dielakkan. Beliau tidak bersendirian. Francis Fukuyama memberikan pandangan bahawa keruntuhan empayar komunis dan kesuburan fahaman demokrasi menandakan berakhirnya sejarah putaran politik. Apa yang gagal dikenalpasti oleh kedua-dua pengamat ini ialah kuasa pengimbasan Islam di tengah-tengah kereputan demokrasi Barat di hemisfera Barat dan Timur. Tesis ini juga menawarkan pandangan yang berbeza dalam soal menerima fakta bahawa Islam dan Barat tidak boleh bertentang mata antara satu dengan lain. Masalah yang sebenar ialah kedua-dua pihak gagal memahami satu dengan lain, terutamanya Dunia Barat yang bersikap ‘perseteruan’, sedangkan Islam dan Kristian berasal dari sumber yang satu. Dengan menerokai idea-idea yang ditawarkan oleh AbdulHamid A. AbuSulayman mengenai aspek-aspek teori hubungan antarabangsa Islam dan teori peradaban Islam yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun, teori Huntington dilihat gagal memahami beberapa faktor penting seperti soal ‘ruang jarak’ dan sumbangan para cendekiawan dan pemikir Islam kepada usaha memperkayakan peradaban dunia. Walaupun tidak dapat dinafikan juga bahawa sengketa antara peradaban Islam dengan peradaban Barat telah menyebabkan kedua-dua belah pihak mempertahankan hak untuk melindungi kepentingan masing-masing bagi menjamin penakatan dan keselamatan politik mereka, hakikatnya ialah soal hidup secara harmoni dan aman damai merupakan satu soal kepentingan bersama. Tidak ada yang perlu ditakuti atau dibimbangkan oleh masyarakat bukan-Islam kerana umat Islam yang baik diajar supaya hidup dalam harmoni dengan semua insan. Jelasnya, ia sebagai satu agama yang cintakan keamanan dan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah dunia yang mantap dari segi penakatan dan keselamatan politik,Tesis ini tiada Pengakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectIslamic countries-Relations-
dc.subjectNational security-Islamic countries-
dc.subjectIslam and politics-
dc.titleIsu keselamatan politik dunia Islam dalam konteks 'pertembungan peradaban'-
dc.typeTheses-
dc.format.pages190-
dc.identifier.callnoDS35.73.N646 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002848 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120508+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
816.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.