Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497768
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohany Nasir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAbdul Saman (P41879)
dc.date.accessioned2023-10-13T08:10:06Z-
dc.date.available2023-10-13T08:10:06Z-
dc.date.issued2012-12-01
dc.identifier.otherukmvital:120451
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497768-
dc.descriptionObjektif kajian ini adalah (1) untuk menguji keberkesanan Kaunseling Kelompok Pendekatan Terapi Tingkah laku Kognitif (KKTTK) dalam menurunkan stres kerja di kalangan pekerja bank; (2) untuk menguji perbezaan kesan KKTTK dalam menurunkan stres kerja di kalangan pekerja bank berdasarkan jantina; (3) untuk menguji perbezaan kesan KKTTK dalam menurunkan stres kerja antara kelompok yang mengikuti intervensi mingguan dengan kelompok yang mengikuti intervensi maraton; (4) untuk mengenal pasti gangguan dan punca stres kerja yang dialami pekerja bank; (5) untuk mengesan proses penyesuaian fikiran, perasaan dan perlakuan pekerja bank selepas memperoleh intervensi KKTTK. Kajian ini dijalankan secara eksperimental ke atas 48 (24 lelaki dan 24 perempuan) pekerja Bank Mandiri Wilayah X Makassar-Indonesia, yang dipilih melalui kaedah rawak bertujuan. Subjek diagihkan kepada empat kelompok eksperimen (kelompok mingguan lelaki, kelompok mingguan perempuan, kelompok maraton lelaki, dan kelompok maraton perempuan) dan dua kelompok kawalan (kelompok kawalan lelaki dan kelompok kawalan perempuan). Untuk menyokong penemuan kajian ini dilakukan pula kajian kualitatif dengan mengambil empat subjek kajian dari setiap kelompok eksperimen. Data kuantitatif dikumpul berdasarkan laporan kendiri menerusi Skala Stres Kerja secara pra dan pos ujian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu hala, ujian t, ANCOVA dan Post Hoc-Tukey pada nilai aras signifikan (α) = .05. Data kualitatif menerusi kajian kes dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian secara langsung dan temu bual. Data kualitatif seterusnya dianalisis melalui kaedah tematik. Hasil kajian mendapati: (1) KKTTK berkesan dalam menurunkan stres kerja dalam kalangan pekerja bank; (2) kesan KKTTK dalam menurunkan stres kerja tidak berbeza secara signifikan antara jantina lelaki dan perempuan; (3) KKTTK berkesan dalam menurunkan stres kerja berdasarkan jenis intervensi: intervensi mingguan lebih berkesan daripada intervensi maraton dalam menurunkan stres kerja; (4) KKTTK berkesan mengenal pasti gangguan dan punca stres kerja yang dialami pekerja bank; (5) KKTTK berkesan dan membantu membawa perubahan positif kepada fikiran, perasaan dan tingkah laku pekerja bank.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectGroup counseling
dc.subjectStress management
dc.titleKeberkesanan kaunseling kelompok pendekatan terapi tingkah laku kognitif bagi penurunan stres kerja dalam kalangan pekerja bank
dc.typeTheses
dc.format.pages353
dc.identifier.callnoBF636.7.G76A234 2012
dc.identifier.barcode004702 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120451+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.